Kementerian Sumber Manusia akan mengemukakan pelan komprehensif dalam masa terdekat bagi memastikan kelancaran pelaksanaan inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dalam memastikan kebajikan pekerja terus terpelihara.
Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan dalam satu kenyataan media berkata, menerusi pelan tersebut, para pekerja juga boleh merebut peluang meningkatkan kemahiran mereka menerusi pelbagai program yang disediakan kementerian itu.
“Ini sekaligus dapat memberikan nilai tambah kepada para pekerja dan meningkatkan potensi kejayaan padanan kerja selain meningkatkan kebolehpasaran pekerja dalam pasaran buruh.
“Pelan yang akan dikemukakan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) ini diharap dapat membantu rakyat agar kekal dalam pekerjaan.,” jelasnya.
Tambahnya, antara inisiatif di bawah KSM adalah memperluaskan Program Subsidi Upah (PSU), pengenalan Program Insentif Pengambilan Pekerja, mewujudkan Dana Padanan Caruman untuk perlindungan sosial pekerja ekonomi gig serta menambah baik Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara di bawah Perkeso.
“Inisiatif ini dijangka dapat membantu lebih 2.7 juta pekerja tempatan. Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja dengan peruntukan RM1.5 bilion sebagai insentif kepada majikan untuk menyediakan peluang pekerjaan untuk pekerja tempatan.
“Ia dijangka memberikan manfaat kepada lebih 300,000 orang penganggur.
“Bantuan mobiliti dan program latihan dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) juga akan disediakan untuk penganggur dan pekerja yang bukan pencarum Perkeso, termasuk lepasan sekolah dan lulusan universiti,” jelasnya lagi.
PSU di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (Prihatin) dilanjutkan selama tiga bulan lagi membabitkan peruntukan berjumlah RM5 bilion bagi membantu syarikat terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meneruskan operasi tanpa mengambil langkah drastik seperti menutup syarikat dan memberhentikan pekerja.
"Inisiatif ini dijangka dapat membantu lebih 2.7 juta pekerja tempatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, pihaknya juga akan menyediakan dana padanan berjumlah RM50 juta bagi pembayaran caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Perkeso untuk melindungi pekerja ekonomi gig selama satu tahun.
"Kesemua langkah tersebut akan dilaksanakan oleh Perkeso berkuat kuasa 15 Jun ini,” katanya.
Katanya, pihaknya juga akan menjalankan pemantauan bagi memastikan majikan mematuhi peraturan dalam menjaga hak dan kebajikan pekerja.
Faris Danial Razi
Sun Jun 07 2020
Datuk Seri M. Saravanan dalam satu kenyataan media berkata, menerusi pelan tersebut, para pekerja juga boleh merebut peluang meningkatkan kemahiran mereka menerusi pelbagai program yang disediakan kementerian itu. - Bernama
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
PenjanaKerjaya: Menteri dedah 66 syarikat buat tuntutan palsu
Maklumat itu diperoleh selepas Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjalankan siasatan forensik dalaman bagi mengesan salah laku berkenaan.
PDI dari Indonesia tidak tiba, PAPSMA cadang kerajaan cari alternatif dari negara lain
Kerajaan tidak boleh hanya melihat Indonesia sebagai sumber untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja asing dalam negara.
KSM cadang pekerja sendiri, 'gig-economy' carum Perkeso
Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) perlu dipinda bagi membolehkan keselamatan terjamin.
Prosedur baharu penggajian pekerja asing bakal mudahkan pengambilan bakat tempatan
Kerajaan amat bimbang dengan kadar pengangguran dalam negara.
Kerajaan tubuh jawatankuasa kenal pasti strategi bantu pekerja Malaysia di Singapura
Kementerian Sumber Manusia (KSM) menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas untuk membangunkan pangkalan data komprehensif mengenai pekerja Malaysia di Singapura.
Pencari kerja tempatan wajib diutamakan diserap dalam sektor bersesuaian - Saravanan
Setiap peluang pekerjaan yang wujud serta ditawarkan oleh majikan wajib mengutamakan calon pencari kerja tempatan terlebih dahulu.
KSM akan kemuka pelan komprehensif jaga kebajikan pekerja
Kementerian Sumber Manusia akan mengemukakan pelan komprehensif dalam masa terdekat bagi memastikan kelancaran pelaksanaan inisiatif PENJANA.
Saravanan dilantik menteri setelah dua penggal sebagai Timbalan Menteri
Setelah dua penggal memegang jawatan timbalan menteri sehingga PRU14 pada 2018, tanpa disangka Datuk Seri M. Saravanan kembali semula ke dalam pentadbiran negara sebagai Menteri Sumber Manusia.
Belanjawan 2021: KSM komited atasi pengangguran, sedia peluang pekerjaan
Saravanan berkata, sebagai kesinambungan kejayaan program Penjana Kerjaya, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan siri kedua.