KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mendedahkan sebanyak 66 syarikat dipercayai terbabit membuat tuntutan palsu Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya).
Menurutnya, maklumat itu diperoleh selepas Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjalankan siasatan forensik dalaman bagi mengesan salah laku berkenaan.
Tambah beliau, setakat ini sebanyak 45,379 syarikat telah mendapat manfaat daripada inisiatif itu dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion.
Bagaimanapun, Saravanan mengakui ada beberapa perkara yang terlepas pandang yang menyebabkan berlaku penyelewengan berkenaan.
BACA: PenjanaKerjaya: Pelaku perlu dibawa ke muka pengadilan
“Ada juga terlepas pandang, 66 syarikat telah mengambil kesempatan menyalahgunakan (buat tuntutan palsu). Maka, Perkeso menjalankan siasatan forensik dalaman... bukan orang lain kenal pasti kelemahan kita.
“Kita sendiri ada peraturan tertentu, dapat mengenal pasti 66 syarikat telah menyalahgunakan dan Kementerian Sumber Manusia atas arahan saya, Perkeso telah membuat aduan kepada SPRM untuk diambil tindakan tanpa mengira ideologi politik mana-mana pihak.
“Tetapi fakta ini telah diputarbelitkan dalam pelbagai media sosial. Kita yang ambil tindakan, bukan orang lain ambil tindakan kepada kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Perasmian Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan Saravanan berkata beliau mahu supaya semua pihak yang membuat tuntutan palsu berkaitan Program PenjanaKerjaya dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal.
Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyokong penuh siasatan SPRM terhadap kes tuntutan palsu dan penyelewengan dana PenjanaKerjaya itu, yang membabitkan pihak majikan dan penyedia latihan melalui 'Ops Hire', serta menyifatkan ops itu yang dilaksanakan sejak 13 Julai sebagai 'aktiviti yang perlu dilaksanakan'.
Saravanan juga berkata Perkeso juga telah menggantung bayaran PenjanaKerjaya sebanyak RM423 juta berdasarkan analisis data dan pemantauan pengoperasian PenjanaKerjaya secara berterusan.
Ridauddin Daud
Mon Jul 25 2022
Menurut Saravanan, setakat ini sebanyak 45,379 syarikat telah mendapat manfaat daripada inisiatif itu dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion. - Gambar/ Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
PenjanaKerjaya:RM426 juta berjaya diselamatkan
Sebanyak RM426 juta dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) yang cuba dituntut oleh majikan yang tidak bertanggungjawab berjaya diselamatkan.
Seleweng PenjanaKerjaya: Perkeso lakukan tapisan ketat, pantau majikan
Tapisan ketat dan pemeriksaan mengejut akan dibuat secara berterusan ke atas majikan yang terlibat dalam PenjanaKerjaya.
PenjanaKerjaya: Menteri dedah 66 syarikat buat tuntutan palsu
Maklumat itu diperoleh selepas Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjalankan siasatan forensik dalaman bagi mengesan salah laku berkenaan.
PenjanaKerjaya: Pengarah, pengurus syarikat pula antara ditahan SPRM
Tindakan dibuat bagi mendapatkan dana dibawah inisiatif Penjana bagi menjalankan program yang tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Tuntutan palsu PenjanaKerjaya: Saravanan tegaskan tiada kaitan MIC
Timbalan Presiden MIC berkata bagaimanapun penglibatan individu dalam tuntutan palsu itu tidak mempunyai kaitan dengan parti MIC.
PenjanaKerjaya: Pelaku perlu dibawa ke muka pengadilan
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan mahu supaya semua pihak yang membuat tuntutan palsu berkaitan PenjanaKerjaya dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal.
Perkeso gantung RM423 juta bayaran PenjanaKerjaya
Perkeso telah menggantung bayaran Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) sebanyak RM423 juta susulan terdapat penyelewengan dan tuntutan palsu.
37 individu direman bantu siasatan tuntutan palsu, seleweng dana insentif PenjanaKerjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman 37 individu hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Program Penjana Kerjaya (PenjanaKerjaya).
MYFutureJobs: Kerajaan sasar kenaikan 20 peratus penempatan pekerjaaan tahun ini
Kementerian Sumber Manusia meletakkan sasaran kenaikan sekurang-kurangnya 20 peratus dalam jumlah penempatan pekerjaan menerusi MYFutureJobs pada tahun ini, berbanding tahun lalu.
Webinar kerjaya tingkat kebolehpasaran dalam norma baharu - Perkeso
Webinar itu mengetengahkan panel jemputan dari dalam dan luar negara melibatkan pakar industri, wakil majikan dan penyedia khidmat latihan.