KUALA LUMPUR: Tapisan ketat dan pemeriksaan mengejut akan dibuat secara berterusan ke atas majikan yang terlibat dalam Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya), kata Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Beliau berkata tapisan ketat itu yang melibatkan dokumen tuntutan bayaran majikan serta pemeriksaan ke atas premis, penting dilaksanakan untuk memastikan tiada lagi penyelewengan oleh pihak majikan.
"Seperti yang saya nyatakan, bukan kita (Perkeso) tidak memantau sebelum ini (proses tuntutan bayaran) tetapi ada daripada mereka (majikan) mungkin ada cara untuk memanipulasi seperti ia (dokumen) nampak tulen.
"Tetapi apabila kita ke lapangan menemu bual pekerja, baru kita tahu ada unsur-unsur yang menjurus ke arah penyelewengan. Sebab itu proses ini akan sentiasa berjalan, kita tidak akan berkompromi untuk pastikan tindakan diambil bagi memberhentikannya," katanya.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai isu penyelewengan PenjanaKerjaya pada sidang media pelanjutan program JaminKerja-Insentif Penggajian (JKIP) dan Pencapaian Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 di sini hari ini.
Perkeso sebelum ini dilaporkan menggantung bayaran PenjanaKerjaya sebanyak RM423 juta berikutan penyelewengan dan tuntutan palsu membabitkan pihak majikan dan penyedia latihan dan susulan itu, 42 individu telah ditangkap menerusi Op Hire kerana dipercayai terbabit penyelewengan berkenaan.
Mohammed Azman berkata penyelewengan tersebut dapat dikesan berdasarkan data dan parameter yang dibuat oleh pihak risikan dalaman sebelum maklumatnya disalurkan kepada pihak berkuasa.
Dalam perkembangan lain, Mohammed Azman berkata pihaknya yakin dapat memenuhi mandat kerajaan untuk menyediakan sebanyak 55,000 peluang pekerjaan kepada golongan rentan sepanjang tempoh enam bulan pelanjutan pelaksanaan Program JaminanKerja-Insentif Penggajian (JKIP), sehingga Disember ini.
Katanya bagi mencapai sasaran itu, sebanyak RM475 juta akan disalurkan sebagai insentif kepada para majikan yang mewujudkan peluang pekerjaan dan membuat pengambilan pekerja.
"Sasaran 55,000 peluang pekerjaan itu adalah terbuka untuk semua sektor. Berdasarkan statistik program itu sebelum ini, ramai telah menerima manfaat termasuk 3,568 golongan wanita," katanya.
Menyentuh Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini yang melabuhkan tirai pada Rabu, Mohammed Azman berkata program berjaya menarik hampir 14,000 pengunjung dan membantu seramai 1,712 pencari kerja memperoleh pekerjaan manakala 10,698 orang lagi berjaya ke peringkat temu duga kedua.
Katanya penganjuran program itu yang merupakan karnival kerjaya terbesar pernah dianjurkan Kementerian Sumber Manusia dan Perkeso turut diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai ekspo kerjaya terbesar pernah diadakan di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, tapisan ketat itu melibatkan dokumen tuntutan bayaran majikan serta pemeriksaan ke atas premis. - Gambar fail
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.
AWANI Ringkas: Daerah Miri, Subis, Beluru dan Marudi antara kawasan terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Seleweng PenjanaKerjaya: Perkeso lakukan tapisan ketat, pantau majikan
Tapisan ketat dan pemeriksaan mengejut akan dibuat secara berterusan ke atas majikan yang terlibat dalam PenjanaKerjaya.
Pejuang mula proses permohonan 20,000 kumpulan ahli terawal - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata semua mereka sudah mengisi borang tunjuk minat untuk menjadi ahli sebelum penubuhan Pejuang diluluskan.