LANGKAWI: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mula memproses permohonan hampir 20,000 kumpulan ahli terawal selepas pendaftaran parti itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada Khamis.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata semua mereka sudah mengisi borang tunjuk minat untuk menjadi ahli sebelum penubuhan Pejuang diluluskan.
"Kita ada orang yang mendaftar (sebelum ini menerusi borang tunjuk minat) tetapi tidak diterima sebagai ahli (memandangkan parti belum diterima pendaftaran).
"Mereka tidak bayar apa-apa yuran lagi... kita sudah ada hampir 20,000 (individu) yang menyatakan keinginan mereka untuk jadi ahli dan sekarang ini kita akan terima mereka secara rasmi," katanya.
BACA: Pejuang kini parti berdaftar, lulus pendaftaran hari ini - Tun Mahathir
Mengulas lanjut, beliau berkata, Pejuang juga akan melebarkan sayap ke seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak, dan beliau percaya parti itu mampu menarik lebih ramai ahli.
Pada Khamis, Dr Mahathir mengesahkan parti tersebut secara rasminya telah didaftarkan sebagai parti politik dengan kelulusan diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Pengarah RoS.
Mengenai penyertaan ahli politik parti lain, Dr Mahathir berkata, Pejuang akan melakukan tapisan ketat termasuk membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta Ahli Parlimen.
Katanya, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang gerakan untuk memburuk-burukkan Pejuang membabitkan kumpulan terbabit.
Jelas beliau, pihaknya sebelum ini mengesan ada individu yang menyertai Pejuang semata-mata dengan niat untuk merosakkan parti termasuk membuat kecaman terhadap terhadap pemimpin.
Namun, kesemua mereka yang terlibat dalam gerakan berkenaan telah dikeluarkan daripada parti itu.
"Kita mesti tapis (jika ada Adun atau Ahli Parlimen yang hendak sertai Pejuang), kita tahu waktu ini pun ada beberapa orang yang masuk Pejuang dengan niat nak burukkan Pejuang dengan membuat kecaman terhadap kepimpinan.
"Kita berpendapat bahawa mereka ini mungkin daripada parti lain yang sengaja masuk Pejuang untuk nak hancurkan pejuang, orang ini kita keluarkan mereka daripada parti," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, di Kuah pada Jumaat.
Abdul Hadi Che Awang
Fri Jul 09 2021
Dr Mahathir berkata, Pejuang akan melakukan tapisan ketat kemasukan membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta Ahli Parlimen parti lain. - Gambar/ Astro AWANI
Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.
China lancar kapal amfibia generasi baharu
Kapal baharu yang dibangunkan secara mandiri itu dilancarkan dalam satu majlis pelancaran dan penamaan, diberikan nombor lambung 51.
Jangan terlalu beri tekanan kepada saya - Justin
Prestasi pemain berusia 20 tahun itu menurun selepas mengalami kecederaan putus tendon Achilles kaki kirinya pada April 2023.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Portal rasmi Kerajaan Melaka, Tourism Melaka akan dilengkapi 'chatbot AI'
Penggunaan teknologi AI ini bukan sahaja mempercepat komunikasi, tetapi juga memberikan sokongan lebih cekap dan berkesan.
Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.
Pesawah di Melaka boleh sewa dron untuk aktiviti pertanian - Exco
Muhamad Akmal berkata, perkhidmatan dron tersebut ditawarkan pada harga berpatutan sejak Jun lalu.
Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir
Parti Pejuang tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (Mahkota, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Ketua Pejuanita Muda letak jawatan
Dr Nurul Ashikin Mabahwi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pejuanita Muda dan Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti itu.
Pejuang tidak letak calon PRK Kemaman
Muhammad Rafique berkata keputusan tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada proses memperkuatkan parti untuk menghadapi PRU16.
Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pejuang pertikai keistimewaan Zahid jumpa Najib dua jam
Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, tempoh maksimum lawatan banduan yang diberikan hanya 45 minit.
"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.
PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.
Tun M tinggalkan GTA
Keputusan dibuat selepas menyedari GTA tidak dapat berfungsi dengan baik selain gagal menarik sokongan pengundi.
'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.
PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu - Hamzah
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional membuat keputusan menolak permohonan parti Pejuang Tanahair menyertai gabungan itu.