JITRA: Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana-mana gabungan yang turut disertai UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Ini kerana, jelas beliau, UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang.
Beliau, bagaimanapun, berkata, parti pimpinannya masih terbuka untuk perbincangan mengenai sebarang kerjasama terutama dengan pihak-pihak yang berada pada 'jalur Melayu'.
"Kami (sebenarnya) masih terbuka untuk berbincang, tetapi sepertimana yang disarankan oleh Tun (Dr Mahathir Mohamad), kita (akan bersama dengan pihak yang) ikut jalur Melayu.
"Jadi dari situ kita boleh faham ada pihak yang kita tidak boleh ikut dan (pihak) satu lagi walaupun (bawa nama) Melayu tetapi terpalit dengan kleptokrasi, yang itu pun kami tidak boleh (kerjasama), (seperti) saya katakan daripada dulu, kami berpegang teguh kepada prinsip "di mana ada UMNO, di situ kami tiada," katanya.
Mukhriz berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Kampung Naga, di sini, Jitra malam tadi (Khamis).
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan, Pejuang masih belum membuat sebarang keputusan sama ada akan menyertai PRN ataupun tidak.
Tambahnya, fokus utama parti ketika ini adalah dalam menyertai gerakan yang diasaskan bekas Pengerusi parti berkenaan, Dr Mahathir melalui medium sokongan terhadap Proklamasi Orang Melayu.
Bekas Menteri Besar Kedah itu juga belum memutuskan sebarang pendirian mengenai keputusan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitrapada PRN akan datang.
Sebelum ini, Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Perikatan Nasional (PN) telah membuat keputusan menolak permohonan Pejuang menyertai gabungan itu.,
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta dihadiri kepimpinan tertinggi komponen parti PN.
Abd Hadi Che Awang
Fri May 12 2023

Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana-mana gabungan yang turut disertai UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi. - Gambar fail SINAR HARIAN

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir
Parti Pejuang tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (Mahkota, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ketua Pejuanita Muda letak jawatan
Dr Nurul Ashikin Mabahwi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pejuanita Muda dan Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti itu.

Pejuang tidak letak calon PRK Kemaman
Muhammad Rafique berkata keputusan tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada proses memperkuatkan parti untuk menghadapi PRU16.

Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pejuang pertikai keistimewaan Zahid jumpa Najib dua jam
Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, tempoh maksimum lawatan banduan yang diberikan hanya 45 minit.

"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.

PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.

Tun M tinggalkan GTA
Keputusan dibuat selepas menyedari GTA tidak dapat berfungsi dengan baik selain gagal menarik sokongan pengundi.

'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.

PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu - Hamzah
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional membuat keputusan menolak permohonan parti Pejuang Tanahair menyertai gabungan itu.