KUALA LUMPUR : Tiga lagi individu termasuk seorang wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu dan penyelewengan dana program insentif pengambilan pekerja (PenjanaKerjaya) melibatkan nilai keseluruhan kira-kira RM100 juta.
Sumber berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada pengarah dan pengurus syarikat.
"Seorang daripada suspek merupakan pengarah syarikat ditahan reman empat hari bermula Selasa sehingga 22 Julai 2022.
"Di Pahang pula, dua lagi suspek adalah merupakan pengurus syarikat ditahan reman selama lima hari sehingga 23 Julai 2022, juga bermula hari ini.
"Kebenaran permohonan SPRM itu masing-masing dibuat Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor di Mahkamah Majistret Putrajaya dan Majistret Nor Izzati Zakaria di Mahkamah Majistret Kuantan pada hari sama," katanya hari ini.
Dalam pada itu, katanya pengarah syarikat berusia 46 tahun berkenaan ditahan di ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 8.30 malam Isnin kerana dipercayai mengemukakan borang pengesahan pekerja secara dalam talian yang mengandungi butir matan palsu berjumlah melebihi RM1 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"Tindakan itu dibuat bagi memperolehi peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk melaksanakan program insentif pengambilan pekerja dan program latihan yang tidak dilaksanakan sepenuhnya.
"Manakala dua lagi suspek iaitu pengurus syarikat yang masing-masing berusia 46 dan 35 tahun pula ditahan di pejabat SPRM Pahang kira-kira pukul 4.30 petang Isnin kerana dipercayai terlibat dengan kesalahan mengemukakan tuntutan palsu kepada Perkeso bagi tujuan sama melibatkan nilai melebihi RM600,000," tambahnya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Terdahulu, pada 14 Julai, SPRM telah menahan 37 individu di beberapa negeri bagi membantu siasatan berkaitan isu tersebut dan tiga lagi ditahan di Johor dan Pulau Pinang sehari kemudian bagi membantu siasatan kes sama.
Pada Isnin, dua lagi individu yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif serta Pengarah Syarikat ditahan bagi membantu siasatan dan setakat ini, jumlah keseluruhan suspek yang ditahan menerusi Ops Hire adalah seramai 45 individu.
Nickyson Nyambar
Tue Jul 19 2022
![PenjanaKerjaya: Pengarah, pengurus syarikat pula antara ditahan SPRM PenjanaKerjaya: Pengarah, pengurus syarikat pula antara ditahan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658235142_TBSPRM.jpg)
Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732107343_minyak.jpg)
KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.
![Op Tiris: Wanita antara enam ditahan di Pulau Pinang Op Tiris: Wanita antara enam ditahan di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704870439_MohdKamarudinMdDi.jpg)
Op Tiris: Wanita antara enam ditahan di Pulau Pinang
Operasi dijalankan bagi membanteras isu ketirisan serta penyelewengan barangan kawalan serta subsidi seperti minyak diesel, minyak petrol dan minyak masak.
![PM minta NACCOL adakan mesyuarat setiap minggu, cari solusi isu padi, beras - Syed Abu Hussin PM minta NACCOL adakan mesyuarat setiap minggu, cari solusi isu padi, beras - Syed Abu Hussin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708726170_SyedAbuHussinHafi.jpg)
PM minta NACCOL adakan mesyuarat setiap minggu, cari solusi isu padi, beras - Syed Abu Hussin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas NACCOL 2024 pada Jumaat.
![Tindakan hapus rasuah bukan kerana dendam lama - PM Anwar Tindakan hapus rasuah bukan kerana dendam lama - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707469188_AnwarIbrahim.jpg)
"Tindakan hapus rasuah bukan kerana dendam lama" - PM Anwar
Perangi rasuah kerana mahu membersihkan negara daripada perompak-perompak besar, tegas Perdana Menteri.
![MAIS kerjasama dengan SPRM elak penyelewengan wang sumbangan, zakat MAIS kerjasama dengan SPRM elak penyelewengan wang sumbangan, zakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687947535_SPRMlogo.jpg)
MAIS kerjasama dengan SPRM elak penyelewengan wang sumbangan, zakat
Demi memastikan tiada lagi kes penyelewengan membabitkan wang yang disumbangkan orang ramai kepada agensi dan institusi agama di bawahnya.
![KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613 KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692849931_TBselewengdiesel.jpg)
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
![Barangan bernilai hampir RM1 bilion berjaya dirampas tahun ini - JKDNKA Barangan bernilai hampir RM1 bilion berjaya dirampas tahun ini - JKDNKA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Barangan bernilai hampir RM1 bilion berjaya dirampas tahun ini - JKDNKA
Rampasan melibatkan makanan sejuk beku, ubat-ubatan palsu serta barangan tidak berkastam, hidupan liar dan pelbagai barangan kawalan.
![KPDN Terengganu rampas lebih 45,000 liter diesel disyaki diseleweng KPDN Terengganu rampas lebih 45,000 liter diesel disyaki diseleweng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687342854_TBdisel.jpg)
KPDN Terengganu rampas lebih 45,000 liter diesel disyaki diseleweng
Rampasan itu dibuat menerusi Op Tiris bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di empat lokasi berasingan.
![Perhimpunan Kebangsaan Ecuador mulakan prosiding pemecatan Presiden Perhimpunan Kebangsaan Ecuador mulakan prosiding pemecatan Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684320096_TBguillermolasso.jpg)
Perhimpunan Kebangsaan Ecuador mulakan prosiding pemecatan Presiden
Lasso dituduh dengan sengaja mengabaikan dakwaan rasuah melalui kontrak kerajaan kepada syarikat minyak swasta.
![KPDN P.Pinang rampas 22,840 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng KPDN P.Pinang rampas 22,840 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674050867_RON.jpg)
KPDN P.Pinang rampas 22,840 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan merampas sebuah tangki berisi 22,840 liter bahan api itu