KUALA LUMPUR: Polis merampas pelbagai barangan termasuk barang seludup bernilai lebih RM920 juta serta menahan 5,099 individu menerusi pelbagai operasi, mulai awal tahun ini hingga hujung bulan lalu.
Rampasan melibatkan makanan sejuk beku, ubat-ubatan palsu serta barangan tidak berkastam, hidupan liar dan pelbagai barangan kawalan.
Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali, sebanyak 7,033 serbuan dan operasi dijalankan melalui Op Kontraban, Op Tiris dan Op Bersepadu Khazanah.
"Segala operasi berkenaan dijayakan Wildlife Crime Bureau / Perisikan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Polis Marin dan Pasukan Simpanan Persekutuan.
"JKDNKA komited dalam membantu kementerian serta agensi di bawah kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dengan melancarkan operasi berkualiti sehingga berjaya menangani pelbagai isu ketenteraman dan keselamatan awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hazani berkata, JKDNKA juga komited memerangi kegiatan penyeludupan barangan tidak berkastam, penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi serta memelihara khazanah negara bagi memastikan hasil dalam negara dilindungi dan terpelihara.
"Penglibatan dan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat kepada pihak polis amat digalakkan agar jenayah seperti ini dapat dibanteras sepenuhnya," ujarnya.
Afiezy Azaman
Fri Dec 01 2023

JKDNKA Bukit Aman komited memerangi kegiatan penyeludupan barangan tidak berkastam, penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi serta memelihara khazanah negara bagi memastikan hasil dalam negara dilindungi dan terpelihara.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

PDRM tumpas sindiket seludup rokok dan minuman keras, rampasan bernilai lebih RM98 juta
Hasil serbuan itu, polis menahan lapan lelaki terdiri daripada tujuh rakyat tempatan dan seorang warga asing.

KDN lantik Hazani ketuai MCBA
Hazani menjadi ketua pengarah pertama kerana bertanggungjawab menubuhkan Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Barangan bernilai hampir RM1 bilion berjaya dirampas tahun ini - JKDNKA
Rampasan melibatkan makanan sejuk beku, ubat-ubatan palsu serta barangan tidak berkastam, hidupan liar dan pelbagai barangan kawalan.

Khidmat Unit Anjing Pengesan FRU diaktifkan tahun depan
Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) yang akan digunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi penugasan di kawasan rusuhan bakal dilaksanakan awal tahun depan.

Pengarah KDNKA Bukit Aman beri amaran, tiada kompromi anggota terlibat rasuah, dadah
Hazani berkata, PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan rasuah dan dadah.

FRU akan guna khidmat anjing pengesan K9 di kawasan rusuhan
FRU diberi kelulusan untuk mendapatkan 10 ekor anjing K9 atau 'anjing rusuhan' bertujuan mengawal ketenteraman.

PRU15: Polis terima 3,417 laporan di seluruh negara - Hazani
Sebanyak 3,417 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula dari 4 Nov hingga pascapilihan raya semalam.

PRU15: Beri kerjasama, elak provokasi ketika penamaan calon - PDRM
Selain 31,183 petugas beruniform dan tidak beruniform, PDRM juga akan menggerakkan aset dron bagi menjalankan pemantauan.

Datuk Seri Hazani Ghazali dilantik Pengarah Operasi PDRM untuk PRU15
Acryl Sani berharap semua Jabatan termasuk KDNKA menjalankan tugas menjaga keselamatan masyarakat dan ketenteraman awam.

Kelayakan Piala Asia 2023: Polis tingkat kawalan keselamatan
Menjelang perlawanan yang dijangka dihadiri 85,000 penonton itu, pihaknya juga akan memastikan SOP ditetapkan dipatuhi.