DUNGUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merampas 45,630 liter diesel serta peralatan dianggarkan bernilai lebih RM313,104, yang dipercayai terlibat dengan aktiviti penyelewengan di sekitar Paka dan Kertih pagi tadi.
Pengarahnya Saharuddin Mohd Kia berkata rampasan itu dibuat menerusi Op Tiris bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di empat lokasi berasingan termasuk tiga stesen minyak dan sebuah stor pengumpulan minyak diesel kira-kira 1 pagi tadi.
Beliau berkata turut ditahan tiga lelaki berusia lingkungan 20-an yang mengaku bekerja sebagai pemandu lori diesel berkenaan.
"Serbuan bermula 1 pagi ini disertai 11 anggota penguat kuasa KPDN dan 12 anggota PDRM dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.
"Hasil maklumat orang awam kita telah menjalankan siasatan dan risikan selama sebulan sebelum serbuan dilakukan," katanya pada sidang media di sini hari ini.-- LAGI
Saharuddin berkata ketika serbuan, anggota penguat kuasa menahan empat lori yang sedang mengisi diesel ke dalam tangki yang diubah suai.
Menurut beliau kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dikenakan denda hingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
"Minyak diesel, kenderaan lori tangki, peralatan dan beberapa dokumen telah disita untuk siasatan lanjut," katanya.-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023

Rampasan itu dibuat menerusi Op Tiris bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di empat lokasi berasingan. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

KPDN rampas 38,500 liter diesel disimpan di lokasi tidak berlesen
Syarikat itu disyaki memindahkan diesel dari lokasi berlesen ke lokasi tidak berlesen dan menyimpan jumlah diesel melebihi had yang dibenarkan dalam permit.

Tapak pembinaan simpan diesel tanpa permit diserbu
Serbuan menerusi Ops Tiris 3.0 pada 11 pagi itu dilaksanakan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Besut selepas risikan selama dua minggu.

Op Pantau: Lebih 1,800 premis diperiksa di Terengganu
KPDN Terengganu menerusi Op Pantau, telah memeriksa 1,806 premis di seluruh Terengganu, bermula 12 Mac.

Terdapat penurunan bekalan telur ayam di Terengganu pada Ramadan - KPDN
KPDN Terengganu mengakui terdapat penurunan hingga 33 peratus bekalan telur ayam di negeri ini pada bulan Ramadan berikutan terdapat kekurangan bekalan daripada pihak pembekal.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.