KUALA LUMPUR:Kementerian Sumber Manusia (KSM) bercadang untuk mewajibkan semua pekerja termasuk yang bekerja sendiri dan pekerja ekonomi sementara (gig-economy) supaya mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata akta sedia ada iaitu Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) perlu dipinda bagi membolehkan keselamatan dan kepentingan pekerja dalam sektor berkenaan terjamin.
Beliau berkata ramai rakyat negara ini tidak menyedari kepentingan mencarum dan beranggapan Perkeso hanya beri bantuan sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja.
"Saya ingin mewajibkan pencaruman Perkeso untuk semua lapisan masyarakat termasuk yang bekerja sendiri dan 'gig-economy'. Yang penting kita perlu tukar akta, beri sedikit masa dan rakyat perlu beri sokongan," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan Faedah Pemulihan Kepada Orang Berinsurans Perkeso di Bangunan IKTAR, Hospital Kuala Lumpur pada Selasa beliau berkata, akta sedia ada mempunyai kekangan dan perlu dikaji semula bagi membolehkan golongan pekerja seperti pemandu bas atau perniagaan sendiri turut mendapat bantuan keselamatan.
"Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, hampir sebahagian besar golongan B40 tidak mempunyai sebarang jaringan keselamatan dan kerana itu Perkeso sudah mula mengkaji dan meneliti akta sedia ada. Saya telah minta ahli lembaga Perkeso mengkaji perkara itu, dan ia akan dibawa ke jawatankuasa kabinet untuk membuat perubahan dan seterusnya ke Parlimen," katanya.
Merujuk kepada majlis hari ini, Saravanan berkata seorang pekerja di syarikat pengurusan sisa pepejal Alam Flora Sdn Bhd, T. V. Vijaya Kumaran, 51 yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 12 April lepas didapati mencarum dengan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Beliau berkata caruman itu membolehkan Vijaya menerima bantuan Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), Faedah Perubatan dan Faedah Pemulihan menerusi Program 'Return to Work (RTW).
"Ini kes yang cukup klasik yang mana pencarum sendiri tidak sedar beliau sudah mencarum Perkeso dan boleh mendapat bantuan. Setelah diteliti, dia layak untuk mendapat pelbagai bantuan termasuk bantuan pembedahan," katanya.
Vijaya terpaksa menjalani pembedahan implan tempurung kepala sebelah kiri dan kos implan yang ditaksirkan berjumlah RM23,000, ditanggung sepenuhnya oleh Perkeso.
Turut hadir, Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengurus Alam Flora Kuala Lumpur Kuit Kheng Keong.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 24 2020
Saravanan berkata ramai rakyat negara ini tidak menyedari kepentingan mencarum dan beranggapan Perkeso hanya beri bantuan sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja. -Bernama
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.
Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memastikan keselamatan pekerja ketika berada di tempat kerja sentiasa terjamin.
Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun
Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Mungkin Terkesan Dengan AI Dalam Tempoh 5 Tahun
Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.
Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok
Empat perundangan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mula berkuat kuasa esok bagi menambah baik prinsip kebebasan berkesatuan dan perundangan kolektif.
Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian
Kementerian Sumber Manusia menumpukan agenda memperkasakan institusi TVET di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.
Dewan Negara lulus dua RUU di bawah KESUMA
RUU itu masing-masing diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Lebih 300 majikan mohon sertai projek rintis Dasar Gaji Progresif
Kementerian Sumber Manusia menerima 362 permohonan daripada majikan yang ingin menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif sejak diperkenalkan.
HRD Corp: SPRM hadir ke Kesuma dapatkan dokumen untuk siasatan
Selepas hampir sejam, pegawai SPRM itu dilihat keluar dari bangunan Kesuma dengan membawa beberapa dokumen dan beredar.
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.