KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai, termasuk di Human Resource Development Corporation (HRD Corp).
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata beliau dilantik sebagai menteri berkenaan pada Disember tahun lepas manakala isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) adalah bagi tempoh 2019 hingga 2023.
"Dalam tempoh enam bulan ini, sebelum audit selesai, Kesuma telah melakukan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian. Di HRD Corp kami menubuhkan Jawatankuasa Risiko dan Jawatankuasa Audit baharu sebagai usaha memastikan pengurusan kewangan yang lebih baik.
"Mengetatkan prosedur dalam mentadbir pelaburan juga dilaksanakan. Dana Inisiatif Strategik (SIF) baharu diwujudkan untuk mengasingkan akaun amanah levi. Levi sepatutnya hanya digunakan sepanuhnya untuk tujuan latihan oleh majikan kepada pekerja mereka.
"SIF dibiayai daripada keuntungan HRD Corp dan ia untuk digunakan sebagai menyokong pelbagai latihan kemahiran dan inisiatif pembangunan modal insan seperti untuk membantu golongan PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) yang mungkin tidak memiliki atau memiliki levi HRD Corp yang terhad untuk melatih pekerja mereka dan menyediakan latihan kemahiran kepada golongan rentan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sim berkata kementeriannya turut memperkenalkan langkah jangka pendek untuk meningkatkan kualiti latihan dan menggalakkan penggunaan levi yang lebih tinggi dalam kalangan majikan, sekali gus memastikan ia digunakan sebanyak dan secepat mungkin untuk pembangunan modal insan.
Menurut Sim beliau telah mengarahkan Kesuma dan HRD Corp untuk memberikan kerjasama sepenuhnya 'tanpa sebarang halangan' terhadap proses audit oleh Jabatan Audit Negara dan PAC apabila dimaklumkan tentang audit itu semasa mengambil alih jawatan.
Beliau berkata maklum balas segera diberikan oleh Kesuma selepas kedua-dua laporan terbabit dibentangkan, yang turut menyaksikan laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh 24 jam, sekali gus menunjukkan asprirasi Kesuma terhadap akauntabiliti dan integriti yang tinggi.
Sim berkata beliau juga telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Eksekutif HRD Corp Datuk Shahul Dawood untuk membuat laporan terbabit.
Sebanyak tiga kenyataan turut dikeluarkan oleh beliau, Khairul Dzaimee dan Pengerusi Lembaga Pengarah HRD Corp Datuk Abu Huraira Abu Yazid, juga dalam tempoh 24 jam selepas kedua-dua laporan dibentangkan, yang disifatkan Sim sebagai 'menunjukkan keseriusan dan bahawa pihak kepimpinan menangani situasi dengan segera'.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024

Menurut Sim beliau telah mengarahkan Kesuma dan HRD Corp untuk memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap proses audit oleh Jabatan Audit Negara dan PAC. - Gambar fail/Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

HRD Corp berjaya kutip levi RM2.3 bilion tahun lepas, tertinggi dalam sejarah - Sim
Beliau berkata jumlah kutipan levi berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM2.1 bilion.

SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.

HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus-kursus bertemakan pembangunan keluarga menggunakan caruman levi majikan.

PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.

Kerjasama Malaysia-Negara ASEAN kekalkan aliran bakat berkemahiran tinggi - Sim
Kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara ASEAN penting untuk menarik, membangunkan dan mengekalkan aliran bakat berkemahiran tinggi, dinamik dan pelbagai, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Kaji selidik kesan AI terhadap tenaga kerja libat 10 sektor strategik - Sim
Laporan kaji selidik mengenai kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap pasaran tenaga kerja negara akan melibatkan 10 sektor strategik, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Teknologi tidak akan mampu gantikan kepimpinan manusia, mencipta budaya – HRD Corp
Teknologi tidak akan mampu menggantikan kepimpinan manusia dan mencipta budaya di tempat kerja.

Laporan kajian kesan AI, pendigitalan terhadap pasaran kerja negara siap hujung September
Laporan kajian impak kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau terhadap tenaga dan pasaran kerja di Malaysia akan siap hujung bulan ini.

Shahul Hameed tawar diri ambil cuti untuk beri ruang SPRM siasat HRD Corp
Datuk Shahul Hameed Dawood menawarkan diri mengambil cuti untuk memberi ruang kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.

HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.