Ringkasan AI
- Teknologi tidak boleh menggantikan kepimpinan manusia dan pembentukan budaya di tempat kerja.
- NHCCE 2024 akan membincangkan cabaran dan manfaat teknologi dalam pasaran kerja. Acara ini akan diadakan dari 30 September hingga 2 Oktober di MITEC.
- NHCCE menawarkan pelbagai peluang untuk peningkatan kemahiran dan jaringan.
Ketua Pegawai Strategi HRD Corp, Rony Gobilee berkata, kupasan berkenaan manfaat teknologi dalam industri harus tertumpu kepada keupayaan untuk memanfaatkan teknologi untuk melonjakkan produktiviti.
“Dilema utama apabila kita bicara soal teknologi ialah berkenaan sama ada teknologi akan menggantikan kita atau tidak. Jawapan mudahnya, perkara tersebut ialah benar untuk sesetengah keadaan.
“Contohnya, kerja-kerja yang bersifat berulang boleh di automasi. Maka, ia boleh ambil manfaat daripada perkembangan teknologi. Meskipun begitu, pada pandangan saya, teknologi itu sendiri tidak akan mengambil alih semua fungsi manusia.
Contohnya, dalam aspek kepimpinan. Walaupun teknologi sangat maju ketika ini, tetapi aspek pembentukan budaya tidak boleh diambil alih oleh teknologi buat masa ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Teknologi tidak akan mampu menggantikan kepimpinan manusia, mencipta budaya – HRD Corp
Tambah Rony, isu berkenaan cabaran kemajuan teknologi dalam pasaran kerja akan dibincang secara menyeluruh dalam National Human Capital Conference & Exhibition (NHCCE) yang akan berlangsung pada 30 September hingga 2 Oktober di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Dahulu dikenali sebagai HRDF Conference & Exhibition, acara ini dijenamakan semula sebagai NHCCE pada tahun 2022 dengan pendekatan yang lebih segar dan dinamik untuk memberi tumpuan kepada semua aspek pembangunan modal insan.
NHCCE 2023 telah berjaya menarik lebih daripada 4,000 delegasi dari Asia Tenggara, dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai persidangan pembangunan modal insan terbesar di Malaysia.
Sesi perbincangan bersama panel jemputan semasa penganjuran NHCCE 2023 - foto HRD Corp
Tahun ini, NHCCE akan menjadi tuan rumah kepada salah satu pameran terbesar di Malaysia, menampilkan lebih daripada 300 pempamer terkemuka. Pengunjung boleh mengikuti trend terkini dalam model peningkatan kemahiran, teknologi canggih, dan platform kesejahteraan. Pameran ini bertujuan untuk mempromosikan pertumbuhan organisasi dan pembangunan individu.Selain itu, BizMatch lounge di Dewan Pameran NHCCE menawarkan peluang unik untuk organisasi mendapatkan perkhidmatan latihan dengan potongan harga istimewa. Perkhidmatan padanan perniagaan ini direka untuk menghubungkan syarikat dengan penyedia latihan yang diiktiraf, memastikan peningkatan kemahiran tenaga kerja dengan cekap dan kos efektif.
Tambahan pula, Learning Talk Sessions akan menampilkan perbincangan yang mendalam mengenai kecerdasan buatan dan aplikasinya, yang disampaikan oleh beberapa tokoh yang paling dihormati dalam industri. Ini termasuk Bob Low, seorang Perunding Pemasaran B2B; Dr. Mohd Redza Abdul Rahman, Ketua Saintis Synamatix Sdn Bhd; dan Johan Donough, Pengarah Latihan dan Pendidikan Virtualtech Frontier.
NHCCE 2024 akan berlangsung pada 30 September sehingga 2 Oktober - foto HRD Corp
Selain itu, sesi Giggle and Groove menawarkan gabungan pengalaman permainan moden dan pameran budaya, menyediakan persekitaran yang santai dan interaktif untuk para delegasi. Paengunjung boleh menikmati persembahan oleh selebriti terkenal seperti Lah Ahmad, Ally Iskandar, Raqeem Brian, dan Zharif Zaki, sambil merasai kepelbagaian budaya Malaysia.Seterusnya, Booster Area direka untuk menghibur dan melibatkan delegasi melalui permainan trivia dan menyeronokkan menggunakan platform Kahootz. Peserta akan berpeluang memenangi baucar sambil menikmati aktiviti seperti Air Combat Simulator, VR Rollercoaster, VR Platforming, Basic Car Simulator, dan PlayStation Set.
Akhir sekali, NHCCE juga menampilakan MyFutureJob Career Fair dengan penyertaan hampir 50 majikan yang menawarkan peluang pekerjaan kepada pengunjung. Ini adalah peluang yang sangat baik untuk pencari kerja berhubung dengan majikan berpotensi dan meneroka laluan kerjaya baru.
NHCCE 2024 merupakan acara yang tidak boleh dilepaskan bagi sesiapa yang berminat dengan masa depan pembangunan modal insan. Dengan pelbagai program dan aktivitinya, ia menjanjikan pengalaman berharga, peluang jaringan, dan perspektif mengenai masa depan kerja.
Pendaftaran NHCCE masih terbuka dan boleh mendaftar secara walk-in pada 30 September 2024. Maklumat lanjut boleh dilayari di https://hrdcorp.gov.my/nhcce.
Agenda AWANI: NHCCE 2024: Humanising AI for the future workforce