KAJANG: Kos pemuliharaan tapak pelupusan sampah haram di Twin Palms, Sungai Long serta Tasik Black Water di Bandar Mahkota Cheras boleh mencecah puluhan juta ringgit, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata bagi Twin Palms, ia mengalami masalah pengeluaran gas metana kerana berlakunya pembakaran di kawasan itu yang secara tidak langsung bau sampah menghasilkan gas tersebut dan masalah pereputan sampah itu dihidu penduduk setempat.
"Jadi kalau hendak jangka panjang untuk menyelesaikan masalah gas metana itu, gas metana harus dikeluarkan dan anggaran pembinaan sistem tersebut adalah antara RM15 juta hingga RM20 juta.
"(Sementara) untuk Black Water Lake, terdapat dua opsyen iaitu jika hendak bersihkan tasik tersebut anggaran diberikan RM42 juta dan jika hendak menutup tapak sebagai inert landfill sebanyak RM18 juta. Terdapat dua cadangan untuk penyelesaian jangka panjang," katanya kepada pemberita selepas meninjau kedua-dua lokasi pelupusan sampah haram itu pada Selasa.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata pihaknya sedang meneliti opsyen tersebut ekoran kos pemuliharaan tapak pelupusan sampah haram itu sangat tinggi disebabkan kerosakan berskala besar terhadap alam sekitar untuk dipulihkan semula.
"Kita akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk melihat cara terbaik dan di samping itu, notis telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah kepada pemilik kerana mereka melanggar syarat. Semua tanah ini adalah hak milik persendirian dan bukan tanah kerajaan," katanya.
Bagi tempoh 1 Jan hingga 25 Mei 2023, JAS telah mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 236 arahan lapangan/amaran, 28 kompaun, 58 notis arahan dan satu tindakan mahkamah ke atas kesalahan melakukan pembakaran terbuka.
Bagi kes tapak pelupusan haram berhampiran Twin Palms, JAS sedang melengkapkan kertas siasatan untuk kesalahan melakukan pembakaran terbuka mengikut Seksyen 29A, larangan atas pembakaran terbuka, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntuk hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.
Bagi kes di Tasik Black Water, ia adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kajang.
Menurut rekod JAS, sebanyak 101 kes aduan dilaporkan yang melibatkan pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah haram di seluruh negara bagi tempoh 1 Jan hingga 25 Mei 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023

Menurut rekod JAS, sebanyak 101 kes aduan dilaporkan yang melibatkan pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah haram di seluruh negara bagi tempoh 1 Jan hingga 25 Mei 2023. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

44 kilang e-waste haram diambil tindakan setakat hujung tahun lepas - Nik Nazmi
Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan terhadap 44 kilang memproses buangan elektronik (e-waste) haram sehingga 31 Dis lepas.

Sindiket proses e-waste haram di Pahang tumpas, babitkan rampasan RM410 juta
Pihak berkuasa berjaya menumpaskan sindiket memproses sisa elektronik (e-waste) dan buangan terjadual secara haram membabitkan nilai rampasan RM410 juta.

Operasi pemadaman stor simpanan bahan kitar semula di Segamat masuk hari ketiga
Kerja pemadaman kebakaran sebuah stor simpanan bahan kitar semula di Kampung Usaha Jaya, Labis, di sini yang memasuki hari ketiga hari ini.

Letupan kilang kimia: JAS siasat elemen cuai
Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, pihaknya akan menunggu kebenaran pihak bomba sebelum memasuki lokasi tersebut.

Pegawai JAS tanpa punca kuasa, justifikasi cuba lepaskan kontena e-waste - EAIC
EAIC mengemukakan syor tindakan tatatertib terhadap pegawai JAS yang terlibat dan penambahbaikan Prosedur Tetap Operasi (PTO) serta Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP).

Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.

Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.

128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.

500 terumbu karang tanduk rusa dibiak semula di Pulau Jemuruk
Sebanyak 500 terumbu karang jenis tanduk rusa atau nama saintifiknya Acropora berjaya dibiak semula ke habitat semula jadi di sekitar perairan Pulau Jemuruk, di Langkawi.

Alam sekitar tanggungjawab kolektif semua pihak - JAS
Tanggungjawab memelihara kesejahteraan alam sekitar perlu melibatkan setiap lapisan masyarakat, termasuk sektor industri dan komuniti.