PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) sudah bersedia untuk melaksanakan Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa pertama, sebaik bekalan vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Malaysia pada 26 Feb ini, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata, sesi latihan awal penghantaran vaksin tersebut ke Klinik Kesihatan Belaga di Sarawak pada 29 Jan dan Hospital Bintulu pada 30 Jan sebagai persiapan rapi, telah berjaya dilaksanakan tanpa sebarang isu.
Menurutnya, latihan awal penghantaran itu adalah untuk memastikan bekalan vaksin dari kilang syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat, Pfizer, di Puurs, Belgium yang menggunakan bekas ultra sejuk sampai di Malaysia tanpa sebarang masalah.
"Ini adalah latihan yang amat penting kami dan ia telah berjaya dilaksanakan dan data pengelog menunjukkan tiada isu atau kelemahan," katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan aplikasi pendidikan dalam talian mengenai COVID-19, di sini hari ini.
Dr Adham berkata fasiliti penyimpanan vaksin COVID-19 bagi fasa pertama yang dilengkapi kemudahan seperti Penyejuk Suhu Ultra Rendah (ULTF), bagi memastikan suhu yang bersesuaian untuk penyimpanan vaksin, sebelum dikeluarkan dan diagihkan kepada tempat vaksinasi, telah dikenal pasti.
Mengenai aplikasi pendidikan mengenai COVID-19 itu, Dr Adham berkata platform pendidikan idea ahli biokimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan penganalisis isu global Peter Chew itu, menerapkan kesedaran dan pendidikan mengenai ikhtiar hidup, dengan mengelak daripada dijangkiti COVID-19.
"Pendidikan asas juga penting untuk disampaikan kepada masyarakat, khususnya mereka yang jauh dari fasiliti kesihatan supaya lebih peka tentang amalan norma baharu seperti pengasingan diri, guna pelitup muka, kerap mencuci tangan serta mengelak tempat sempit, apabila wabak berlaku di kawasan mereka," katanya.
Sementara itu Chew berkata, pembawa senyap itu telah menyebabkan penularan meluas di seluruh negara dalam gelombang kedua COVID-19, dan oleh itu adalah penting pendidikan asas dan pencegahan awal dilakukan, untuk mengelakkan dijangkiti serta mengurangkan perbelanjaan perubatan.
Platform pendidikan tersebut boleh didapati https://youtu.be/uU89i8uO5Qs, http://youtu.be/OhDH_h3jCxs dan http://youtu.be/z1YHIWrvuwY.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 03 2021
Latihan awal penghantaran adalah untuk memastikan bekalan vaksin yang menggunakan bekas ultra sejuk sampai di Malaysia tanpa sebarang masalah. - Gambar fail/ Reuters
Ibu negara Vietnam, Hanoi, bandar raya paling tercemar di dunia
Ibu negara Vietnam, Hanoi, menduduki tangga teratas sebagai kota paling tercemar di dunia pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).
Tze Yong perlu atasi trauma kecederaan - Rexy
Perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong perlu berani mengatasi trauma kecederaan bagi memulakan semula karier badminton dengan semangat baharu.
Jepun usaha jadikan budaya onsen sebagai warisan tidak ketara UNESCO
Sekumpulan gabenor Jepun berhasrat menjadikan budaya mandian air panas negara itu tersenarai sebagai warisan tidak ketara UNESCO pada 2028.
Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masuk ke negara
Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat dua lagi bot yang dipercayai membawa PATI Myanmar berada di laut.
APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkapkan pegawai dengan AI
APMM akan memastikan 2025 menjadi tahun pelaksanaan tatakelola yang terbaik agensi itu sama ada dalam pengurusan mahupun penguatkuasaan.
Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap Najib.
Balsam gamat, herba cenderamata istimewa pada Mesyuarat ASEAN
Produk berasaskan gamat dan herba adalah antara cenderamata istimewa disediakan buat delegasi Mesyuarat ASEAN 2025 yang akan bertandang ke Langkawi, Kedah pada pertengahan bulan ini.
Tumpuan Sabtu – 04 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (03 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petani Kenya guna AI kenal pasti tanaman tidak sihat
Aplikasi yang dibangunkan oleh organisasi bukan untung Plant Village, menawarkan penyelesaian masa nyata untuk isu kesihatan tanaman, satu rahmat untuk petani yang telah lama bergelut untuk mengenal pasti tanaman berpenyakit.
KKM sedia isytihar 'perang' terhadap garam - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia melancarkan kempen 'perang' terhadap garam yang bertujuan mengurangkan pengambilan bahan itu dalam kalangan rakyat Malaysia.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
KKM alu-alukan langkah kawal selia premium insurans, takaful, intervensi
Langkah BNM mengawal selia kenaikan premium insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) adalah intervensi jangka pendek agar rakyat tidak terbeban dengan inflasi yang mendadak.
Air di Kampung Kelaik tiada pelanggaran had piawaian logam berat - KKM
KKM melalui JKN dan PKD akan terus memantau kualiti bekalan air di Kampung Kelaik secara berkala dengan kerjasama pihak JAKOA.
NCFS jadi pusat kecemerlangan bagi program keselamatan dan kualiti makanan - Dzulkefly
Pusat Kebangsaan bagi Keselamatan Makanan (NCFS) akan menjadi pusat kecemerlangan bagi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KKM tambah baik sistem penempatan petugas melalui kaedah penggiliran
Ia bagi memastikan pegawainya tidak tertekan sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental mereka.
Merokok di restoran: Tok Mat mohon maaf, akan bayar kompaun
Mohamad berkata notis kompaun itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk penetapan amaun kompaun serta tindakan selanjutnya.
Menteri Kesihatan sahkan Tok Mat akan dikenakan kompaun kesalahan merokok di restoran
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban akan menyerahkan notis kompaun terhadap Ahli Parlimen Rembau itu atas kesalahan melanggar undang-undang.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bot di Jeti ikan TSL Fishery, Sungai Perak, di Hutan Melintang semalam, ditemukan lemas hari ini.
Tiga individu kerugian lebih RM5.4 juta terperdaya love scam, phone scam
Dua wanita dan seorang lelaki berputih mata selepas masing-masing terperdaya dengan sindiket Love Scam dan Phone Scam, mengakibatkan kerugian lebih RM5.4 juta dalam tiga kes berasingan.