SUNGAI SIPUT: Sebuah kilang kayu di Kawasan Perindustrian Sungai Siput di sini yang mengisytiharkan operasi perniagaan sebagai perniagaan perkakasan 'hardware' dikompaun RM10,000, hari ini.
Kompaun itu dikeluarkan hasil pemeriksaan sepasukan pegawai dan anggota polis diketuai Inspektor Abdul Wahed Hamid bersama pasukan Jabatan Perhutanan Kuala Kangsar mulai pukul 10.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, semakan mendapati kilang berkenaan beroperasi dengan kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), namun, memalsukan jenis operasi perniagaan.
Menurutnya, pemilik premis berusia 70-an itu maklum atas pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan dan akur operasi kilangnya adalah perniagaan bukan keperluan.
"Kilang tersebut merupakan kilang kayu namun pemiliknya isytihar kepada MITI sebagai perniagaan 'hardware'.
"Kompaun RM10,000 dikeluarkan ke atas pemilik premis manakala lapan pekerja tempatan yang berada di kilang itu pula dikompaun RM2,000 setiap seorang," katanya di sini hari ini.
Mohd Khaizam berkata, tindakan ke atas premis itu dijalankan di bawah Peraturan 17(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 manakala bagi pekerja pula, tindakan mengikut Seksyen 17 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Selain itu, Mohd Khaizam berkata, pihaknya turut menahan 17 pekerja asing warga Bangladesh dan kesemua mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput untuk tindakan lanjut.
Tambahnya, kilang tersebut telah diarah tutup serta-merta dan pihaknya akan memaklumkan kepada MITI bagi membatalkan kelulusan operasi kilang tersebut.
"Pihak polis sentiasa komited dalam memastikan orang ramai patuh kepada SOP yang ditetapkan kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rangkaian penularan wabak COVID-19,” ujarnya.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jun 04 2021

Kilang kayu di Kawasan Perindustrian Sungai Siput yang mengisytiharkan operasi perniagaan sebagai perniagaan perkakasan 'hardware' dikompaun RM10,000. - Gambar ihsan PDRM

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kilang kayu terbakar di Labuan
Sebuah kilang kayu dan pembuatan perabot, Seng Seng Woodwork Co yang beroperasi lebih tiga dekad, musnah dalam kebakaran hari ini.

Lebih 18 jam padam kebakaran kilang kayu
JBPM Pulau Pinang menerima panggilan kecemasan pada 6.53 petang dengan jentera pertama dari BBP Sungai Bakap digegaskan ke lokasi kejadian.

Kilang kayu isytihar perniagaan 'hardware' dikompaun RM10,000
Semakan mendapati kilang berkenaan beroperasi dengan kebenaran MITI, namun, memalsukan jenis operasi perniagaan.

Treler bawa balak saiz 'luar biasa' dari Terengganu, bukan Pahang - JPNP
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menjelaskan, treler bersama muatan kayu balak itu difahamkan dalam perjalanan dari Terengganu menghala ke sebuah kilang kayu di Selangor.

PPM Wilayah 5 Sarikei rampas 220 batang kayu balak
Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kilang kayu tersebut pada jam 2.30 petang tersebut mendapati pemilik kilang tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen ataupun lesen yang sah.

Kilang kayu, stor mercun terbakar di Sibu
Sehingga jam 12.20 tengah malam, api di stor simpanan mercun telah berjaya dikawal, namun api di kawasan kilang kayu masih marak.

Lelaki Vietnam ditahan ugut mahu bunuh pekerja Nepal jika pergi kerja
Noorzainy Mohd Noor berkata lelaki Vietnam berusia 26 tahun itu ditahan di asrama kilang berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang selepas empat pekerja Nepal berkenaan membuat laporan polis.

Lelaki cedera dipercayai kelar diri sendiri
Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan hadapi tekanan perasaan serta murung sejak tiga tahun lalu.

Dua pegawai perhutanan Terengganu direman kes rasuah RM20,000
Permohonan reman itu dibenarikan Penolong Kanan Pendaftar Noradila Ab Latif.

Kilang haram: Exco Pulau Pinang dan dua yang lain bebas dari reman
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed memutuskan keputusan terbabit selepas mempertimbangkan hujah pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan peguam tertuduh.