LABUAN: Sebuah kilang kayu dan pembuatan perabot, Seng Seng Woodwork Co yang beroperasi lebih tiga dekad di Jalan Pohon Batu, Kampung Durian Tunjong, di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan memaklumkan pihaknya menerima maklumat kejadian pada 11.05 pagi dan 22 anggota berserta dua jentera digegaskan ke lokasi kejadian.

Operasi pemadaman yang turut melibatkan enam anggota polis masih dijalankan, namun setakat ini kejadian tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Punca dan kerugian akibat kebakaran sedang disiasat.

-- BERNAMA