TNB dalam kenyataan memaklumkan keadaan adalah terkawal dan pasukan teknikal segera dikerahkan ke lokasi bagi menilai situasi serta mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan keselamatan semua pihak.
"Pada masa ini, bekalan elektrik kepada pengguna tidak terjejas dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
"TNB akan terus memantau perkembangan situasi ini dan akan memberikan maklumat terkini sekiranya diperlukan. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," menurut TNB di hantaran Facebook.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 9.09 malam dan 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
"Maklumat daripada pemanggil yang menghubungi balai bomba Port Dickson memaklumkan terdapat letupan pada Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Port Dickson. Bomba kemudian melakukan size-up (proses mengumpul maklumat) di lokasi bagi mengenal pasti punca letupan," katanya.
--BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)