Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.24 pagi.
Beliau berkata, tujuh anggota dari BBP Pendang dikejarkan ke lokasi dan sebaik tiba Komander Operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah Proton Saga BLM dan dua buah lori.
"Mangsa dalam kereta Proton Saga BLM seramai tiga orang itu dilaporkan tersepit dan meninggal dunia manakala dua lagi mangsa dalam kenderaan pacuan empat roda itu cedera parah.
"Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas resque tools.
"Mangsa yang cedera dihantar ke hospital dengan menaiki ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
