Pintu terkunci dari dalam menyukarkan anggota bomba melakukan pergerakan ofensif ketika memadamkan kebakaran membabitkan sebuah kilang kayu dan stor mercun di Jalan Ting Lik Kong, di sini, lewat malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata kebakaran yang pada asalnya dilaporkan melibatkan kilang kayu dan stor simpanan tong gas rupanya digunakan untuk simpanan mercun.
"Kita telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.32 malam dan segera mengatur gerak dua jentera bomba, dua ambulans EMRS dan sebuah lori tangki air dari Balai Bomba Sibu dan Sungai Merah, dengan kekuatan 16 anggota ke lokasi.
"Ketika pasukan tiba, kilang kayu tersebut telah terbakar lebih 60 peratus, dan api sedang marak ke stor bersebelahan akibat tiupan angin," kata Ling Hii.
Katanya, sehingga jam 12.20 tengah malam, api di stor simpanan mercun telah berjaya dikawal, namun api di kawasan kilang kayu masih marak.
Rohana Wahed
Sat Sep 22 2018

Kebakaran membabitkan sebuah kilang kayu dan stor mercun di Jalan Ting Lik Kong malam tadi. -Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kilang kayu, stor mercun terbakar di Sibu
Sehingga jam 12.20 tengah malam, api di stor simpanan mercun telah berjaya dikawal, namun api di kawasan kilang kayu masih marak.