Kes saman guru oleh ibu bapa kebanyakan berlaku di kawasan bandar besar, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kamarozaman Abd Razak.
Namun, kes sedemikian sangat terpencil, dengan NUTP merekodkan kurang daripada satu peratus dari sejumlah 200,000 anggotanya terbabit dalam kes sedemikian.
Jumlah keseluruhan guru dalam negara adalah kira-kira 430,000 orang.
"Sebagai contoh daerah saya, Pahang, ada kira-kira 3,000 guru, tidak ada kes yang dibawa ke mahkamah. Kes yang berlaku kebanyakan melibatkan kawasan-kawasan bandar besar yang maju.
"Di mana ibu bapa dilihat over-protective dan terlalu mendengar nasihat peguam," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, pada Selasa.
Semalam, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kementerian memberi jaminan akan melindungi guru sekiranya mereka disaman ibu bapa.
Beliau bagaimanapun berharap tindakan undang-undang menjadi langkah terakhir ibu bapa, kerana sebarang masalah boleh diselesaikan melalui rundingan dalaman.
Kamarozaman menjelaskan bahawa pelantikan guru dibuat mengikut Prosedur Operasi Standard dan kelayakan yang telah ditetapkan.
"Walaupun berhadapan dengan pelbagai kerenah murid, mereka sebagai seorang yang profesional akan terus mendidik.
"Cuma kadang-kadang perbuatan mereka ini disalah tafsir sebagai mendera oleh sebilangan kecil ibu bapa," katanya.
Kamarozaman menarik perhatian bahawa secara umumnya, hubungan antara ibu bapa dan guru tidak ada masalah, tambahan selepas pengenalan program Sarana Ibu Bapa dan Sarana sekolah - satu program dirancang kementerian untuk melibatkan ibu bapa dalam program anjuran pihak sekolah.
"Melalui program ini ibu bapa boleh masuk sekolah, boleh terlibat sama dengan program yang sekolah buat bersama anak-anak mereka dan sekiranya ada pertelingkahan, ibu bapa juga akan terlibat sama dalam mencari penyelesaian," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik pengumuman Mahdzir itu dan menyifatkannya satu perkembangan positif bagi guru-guru dan memberi semangat untuk mereka berkhidmat tanpa tekanan luar dari tugasan.
"Ini satu pembelaan... tahniah kepada menteri sebab ini satu langkah susulan yang baik sebab kita dah bincang lama mengenai isu ini dengan menteri," katanya.
Beliau berkata sekiranya ada guru-guru yang disaman, mereka boleh merujuk kepada mana-mana persatuan guru yang menaungi mereka, penasihat undang-undang Kementerian Pendidikan atau pejabat pendidikan daerah masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2016
![Kes saman guru kebanyakan berlaku di kawasan bandar besar - NUTP Kes saman guru kebanyakan berlaku di kawasan bandar besar - NUTP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/71481042079_NUTPLogo.jpg)
NUTP merekodkan kurang daripada satu peratus dari sejumlah 200,000 anggotanya terbabit dalam kes saman guru.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
![Cuti sekolah berperingkat cadangan baik tetapi perlu perincian Cuti sekolah berperingkat cadangan baik tetapi perlu perincian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51539172598_950x600.jpg)
Cuti sekolah berperingkat cadangan baik tetapi perlu perincian
Cadangan cuti sekolah secara berperingkat adalah satu pelaksanaan yang baik. Namun, cadangan tersebut perlu diteliti terlebih dahulu sebelum dikuatkuasakan.
![NUTP, NGO syor 23 kod etika ibu bapa, penjaga di institusi pendidikan NUTP, NGO syor 23 kod etika ibu bapa, penjaga di institusi pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/41515490581_NUTPibubapa.jpg)
NUTP, NGO syor 23 kod etika ibu bapa, penjaga di institusi pendidikan
Syor untuk memelihara keharmonian ibu bapa, penjaga dan guru itu akan diserah kepada Kementerian Pendidikan untuk diselaraskan di semua institusi pendidikan.
![Isu murid lemah KBAT selesai tahun depan - NUTP Isu murid lemah KBAT selesai tahun depan - NUTP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/61510127679_NUTPLogo.jpg)
Isu murid lemah KBAT selesai tahun depan - NUTP
Ketika ini guru masih perlu fokus kepada peperiksaan menyebabkan proses pembelajaran lebih bersifat content oriented.
![Kaji dulu cadangan lokap untuk pelajar, boleh trauma dibuatnya - NUTP Kaji dulu cadangan lokap untuk pelajar, boleh trauma dibuatnya - NUTP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/61500975128_Penjara.jpg)
Kaji dulu cadangan lokap untuk pelajar, boleh trauma dibuatnya - NUTP
Program seumpama itu pernah dilaksanakan sebelum ini dan banyak memberikan kesan trauma kepada pelajar.
![Kes saman guru kebanyakan berlaku di kawasan bandar besar - NUTP Kes saman guru kebanyakan berlaku di kawasan bandar besar - NUTP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/71481042079_NUTPLogo.jpg)
Kes saman guru kebanyakan berlaku di kawasan bandar besar - NUTP
Kes saman guru oleh ibu bapa kebanyakan berlaku di kawasan bandar besar, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kamarozaman Abd Razak.