Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap Kementerian Pendidikan membuat kajian secara terperinci sebelum melaksanakan program pemulihan dengan menempatkan pelajar dibuang sekolah di lokap atau penjara.
Presidennya, Kamarozaman Abd Razak berkata program seumpama itu pernah dilaksanakan sebelum ini dan banyak memberikan kesan trauma kepada pelajar.
"Ada sesetengah murid yang membuli ini hanya ikut kawan. Hakikatnya, budak ini baik sebenarnya, tapi terikut-ikut ketua (gangster) atau kawan-kawan dia.
"Jadi, apabila kita buat program melibatkan lokap atau penjara, dia pula rasa tertekan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, hari ini.
Pada masa sama, beliau berharap kementerian dapat melakukan pemilihan pelajar bermasalah untuk dimasukkan dalam program pemulihan berkenaan secara berkesan bagi mengelak timbul isu pelajar teraniaya.
"Selidik keluarga dia, hubungan dia dengan kawan, takut dia teraniaya kerana apabila teraniaya pihak keluarga akan menyalahkan pihak sekolah. Jadi ini yang kita tidak mahu kerana menyebabkan hubungan ibu bapa tidak harmoni dengan pihak sekolah," kata Kamarozaman.
Bagaimanapun, katanya, beliau mengakui ada juga pelajar yang menunjukkan respon positif daripada program pemulihan yang pernah dilaksanakan di penjara sebelum ini.
"Ada pelajar yang bagus (selepas pemulihan) tidak ada masalah. Namun, ada pelajar yang tidak boleh terima kerana daripada segi psikologi ia akan mengganggu pelajar di sekolah.
"Seolah-olah terlalu besar kesalahan yang dibuat. Memanglah buli itu kes besar, tetapi ada yang terikut-ikut dengan kawan yang didenda itu," ujarnya.
Pada Sabtu, Menteri Pendidikan,Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pelajar yang mempunyai masalah disiplin serius akan dihantar menjalani program pemulihan di penjara dan lokap dalam usaha kementerian memerangi gejala sosial di sekolah.
Program yang sedang dirangka itu dijangka siap tidak lama lagi sebelum dilaksanakan secara rasmi.
Rahimah Abdullah
Sun Aug 20 2017
NUTP: "Ada sesetengah murid yang membuli ini hanya ikut kawan. Hakikatnya, budak ini baik sebenarnya, tapi terikut-ikut ketua (gangster) atau kawan-kawan dia." - Gambar hiasan
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Cuti sekolah berperingkat cadangan baik tetapi perlu perincian
Cadangan cuti sekolah secara berperingkat adalah satu pelaksanaan yang baik. Namun, cadangan tersebut perlu diteliti terlebih dahulu sebelum dikuatkuasakan.
NUTP, NGO syor 23 kod etika ibu bapa, penjaga di institusi pendidikan
Syor untuk memelihara keharmonian ibu bapa, penjaga dan guru itu akan diserah kepada Kementerian Pendidikan untuk diselaraskan di semua institusi pendidikan.
Isu murid lemah KBAT selesai tahun depan - NUTP
Ketika ini guru masih perlu fokus kepada peperiksaan menyebabkan proses pembelajaran lebih bersifat content oriented.
Kaji dulu cadangan lokap untuk pelajar, boleh trauma dibuatnya - NUTP
Program seumpama itu pernah dilaksanakan sebelum ini dan banyak memberikan kesan trauma kepada pelajar.
Kes saman guru kebanyakan berlaku di kawasan bandar besar - NUTP
Kes saman guru oleh ibu bapa kebanyakan berlaku di kawasan bandar besar, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kamarozaman Abd Razak.