TENOM: Saksi ketujuh kes perbicaraan pendakwah terkenal, Ebit Lew memberitahu kepada mahkamah bahawa sistem perisian XRY yang digunakan untuk memproses analisis telefon bimbit gagal mengenal pasti mana-mana data yang dipadamkan daripada barang kes.
Juruanalisis Kanan Siasatan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintenden Latifah Abdul Aziz berkata demikian ketika ditanya peguam bela Ram Singh, adakah beliau mengekstrak mana-mana mesej yang telah dipadamkan di dalam telefon bimbit Samsung Galaxy A31 milik pengadu dalam kes itu.
"Tidak. Maksud saya sistem memang tidak dapat kesan mana-mana data yang dipadam daripada bahan bukti," katanya ketika menjawab pemeriksaan balas di Mahkamah Majistret Tenom pada Rabu.
Ditanya lanjut, adakah jawapannya itu disebabkan sistem dalam PDRM tidak membenarkannya berbuat demikian.
"Tidak, maksud saya bukan sistem yang tidak membenarkan saya untuk menjalankan pengekstrakan terhadap data yang telah dipadam.
"Ia bermaksud sistem tersebut tidak dapat mengenal pasti apa-apa data yang telah dipadam daripada barang kes tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Latifah turut bersetuju bahawa dia tidak diarahkan untuk mendapatkan semula mesej yang telah dipadam.
Bagaimanapun, Latifah tidak pasti bahawa dengan mendapatkan semula mesej yang telah dipadam adalah penting untuk tertuduh melakukan pembelaan dan pendakwaan.
Malah, Latifah juga tidak pasti bahawa dengan mendapatkan semula mesej yang dipadam adalah penting di mahkamah untuk mendedahkan kebenaran perbualan antara tertuduh dan pengadu.
Sebelum itu, dalam perbicaraan pada Mei lalu, Latifah memberitahu kepada mahkamah hasil daripada analisis yang diperolehnya daripada telefon bimbit Samsung Galaxy A31 selepas diekstrak ialah sebanyak 436 gambar, empat video daripada 8010 kandungan barang kes.
Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah yang bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Beliau diwakili oleh barisan peguamnya iaitu Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut dan Nizam Salleh Keruak manakala pihak pendakwaan dibarisi oleh Nor Azizah Mohamad serta Zahida Zakaria dan Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 16 2023

Ebit berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah yang bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kes Ebit Lew: Saksi khuatir orang ramai tidak percaya jika buat laporan polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Lew, namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.

Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.

Kes Ebit Lew: 'Mahu rendahkan ego suami' - Saksi
Saksi pendakwaan dalam kes Ebit Lew memberitahu Mahkamah dia ingin merendahkan ego suaminya selepas melihat kesan daripada peserta yang menyertai program Keluarga Sunnah.

'Ebit Lew selalu minta gambar, suruh buka semua pakaian' - Saksi
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa pendakwah tersebut telah mengarahkannya membuka semua pakaian dan berbogel.

Saksi nafi mudah didekati, bincang imej badan untuk elak Ebit Lew minta gambar
Saksi menolak andaian bahawa dia seorang yang mudah berbincang mengenai imej badan dan menjelaskan ia adalah cara untuk mengelak daripada Ebit Lew meminta gambarnya.

'Ada hikmah rakam video, bukti suara Ebit Lew' - Saksi
Saksi yang juga pengadu dalam kes ini malah tidak menyesali tindakannya itu kerana video tersebut dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan kes tersebut.

'Saya tidak bercinta dengan Ebit Lew' - Saksi
Saksi mengaku bahawa dia yang menaip mesej 'macam orang bercinta' namun ia bukan bermaksud bahawa dia sedang bercinta.

Ebit Lew minta saksi padam mesej melalui WhatsApp
Menurut saksi itu, Lew turut memberitahunya menerusi mesej WhatsApp pada 30 Julai 2021 bahawa telefon bimbit milik pendakwah berkenaan akan dirampas oleh pihak polis.

Saksi tidak serah telefon bimbit rakam panggilan video Ebit Lew kepada polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau tidak menyerahkan sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk merakam panggilan video dengan Ebit Lew, kepada polis.

'Saya tukar nama FB, IG sebab takut Ebit Lew ganggu lagi' - Saksi
Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia terpaksa menukar nama dalam akaun media sosialnya di Facebook dan Instagram kerana takut diganggu oleh pendakwah tersebut.