KUALA LUMPUR: Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn Bhd akan memulakan kerja-kerja pengalihan struktur kren gantri dan pembaikan di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai, Cheras sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan ini susulan kerja-kerja siasatan forensik di tapak pembinaan berkenaan oleh JKKP telah selesai pada Rabu.
"Proses pengalihan dan pembaikan yang rumit ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu, tertakluk kepada tarikh kelulusan yang diperoleh.
Ini mengambil kira segala proses teknikal, penyataan kaedah kerja, cuaca dan aspek-aspek keselamatan serta keadaan struktur sedia ada untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut," menurut kenyataan itu.
Ia berkata pemerhatian yang teliti harus dilakukan bagi memastikan keselamatan pekerja yang terlibat di tapak bina serta penduduk terutamanya penduduk yang tinggal di Kondominium Puncak Banyan.
Kerja-kerja yang akan dilaksanakan juga melibatkan jurutera perunding profesional serta pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), JKKP serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
Pada Isnin lalu tiga pekerja warga China maut manakala seorang pemandu tempatan cedera parah berikutan kejadian satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 25 2021

Proses pengalihan dan pembaikan yang rumit ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu. -Astro AWANI \ SHAHIR OMAR

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kutipan tol di Lebuhraya SUKE bermula tengah malam ini
Kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula 12.01 tengah malam ini.

Insiden SUKE: Dua kontraktor dikenakan penalti RM300,000 - CIDB
CIDB dalam kenyataan memaklumkan denda itu dikenakan melalui prosiding tindakan tatatertib kontraktor yang diadakan pada 20 Sept lepas.

Pembinaan lebuh raya SUKE ditangguh sehingga laporan audit keselamatan diperoleh
Pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) ditangguhkan sehingga menerima laporan audit keselamatan daripada juruaudit bebas yang dilantik.

Kerja pengalihan kren gantri akan bermula sebaik sahaja dapat kelulusan JKKP
Proses pengalihan dan pembaikan yang rumit ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu, tertakluk kepada tarikh kelulusan yang diperoleh.

Prolintas, SUKE lantik juruaudit bebas laksana audit keselamatan - LLP
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) telah melantik juruaudit bebas hari ini.

Insiden kren SUKE: Mayat terakhir berjaya dikeluarkan
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, mayat pekerja pembinaan warga China yang tersepit di antara struktur besi itu dikeluarkan pada 3.58 pagi.

Tragedi SUKE: Prolintas ambil tindakan tegas jika terbukti ada kecuaian
Prolintas memandang serius isu keselamatan awam dan pekerja di tapak pembinaan.

Jalan perlu ditutup jika alih struktur berat - Fadillah
Itu adalah antara prosedur operasi standard (SOP) ketat yang perlu diikuti oleh kontraktor, bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang awam.

Dua maut, dua lagi parah dalam insiden kren tumbang di lebuh raya SUKE
Menurut bomba, dua mangsa jatuh dari ketinggian 120 kaki dan disahkan meninggal dunia.

Konkrit hempap kereta: KKR arah tindakan tegas diambil
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata insiden itu tidak seharusnya berlaku dan KKR tidak berkompromi dalam soal keselamatan serta nyawa orang ramai.