KUALA LUMPUR: Pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) ditangguhkan sehingga menerima laporan audit keselamatan daripada juruaudit bebas yang dilantik.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerja pembinaan hanya akan dimulakan semula sekiranya pihak berwajib berpuas hati dengan hasil laporan juruaudit bebas berkaitan aspek keselamatan di tapak projek lebuh raya itu.
"Kerja hanya boleh dimulakan bila kita sudah berpuas hati bahawa segala proses dari sudut keselamatan untuk pekerja, orang awam dan segala aspek berkaitan dipenuhi di tapak berkenaan.
"Setakat ini, kita belum menerima laporan penuh daripada juruaudit bebas yang dilantik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Pembangunan Kontraktor Penyenggaraan (PPKP) 2021 di sini hari ini.
BACA: Siasatan tragedi SUKE siap dalam tempoh sebulan - JKKP
BACA: Prolintas, SUKE lantik juruaudit bebas laksana audit keselamatan - LLP
BACA: Insiden kren SUKE: Identiti tiga mangsa maut dikenal pasti
Selain SUKE, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) juga akan diaudit oleh juruaudit bebas yang telah dilantik.
Mengenai punca sebenar kejadian, Fadillah berkata siasatan masih dilakukan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) kerana ia berkaitan dengan peralatan di tapak pembinaan terbabit.
Pada 22 Mac lepas, tiga pekerja warga China maut manakala seorang pemandu cedera parah susulan insiden satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya SUKE berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 30 2021

Pada 22 Mac lepas, tiga pekerja warga China maut susulan satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya berkenaan. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tragedi kren SUKE: NIOSH lakukan kajian terperinci
NIOSH akan menjalankan kajian terperinci bagi mengetahui punca insiden kren gantri yang terjatuh di tapak pembinaan Lebuh raya SUKE yang mengorbankan tiga nyawa, semalam.

Konkrit hempap kereta: CIDB siasat tiga aspek utama
Tiga aspek itu melibatkan kaedah pembinaan, kualiti bahan binaan dan kemahiran serta akreditasi pekerja mahir terlibat.

Projek bina SUKE dibantah kerana terokai hutan simpan
Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4 kilometer itu, bermula dari Sri Petaling, melalui Sungai Besi,sebelum keluar di Hulu Kelang.

'Bincang dahulu sebelum bantah SUKE', nasihat kepada Penduduk Ampang
Penduduk Pekan Ampang diminta tidak membuat demonstrasi untuk membantah pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE).