KUALA LUMPUR: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) telah melantik juruaudit bebas untuk melaksanakan audit keselamatan secara menyeluruh di tapak pembinaan SUKE.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataannya memaklumkan juruaudit bebas itu juga dilantik untuk mengkaji punca kejadian yang berlaku pada 22 Mac lepas selain siasatan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
"Pelantikan juruaudit bebas ini adalah prosedur operasi standard (SOP) apabila berlaku kejadian luar jangka di semua tapak pembinaan lebuh raya.
"Kesemua syarikat pemaju projek lebuh raya adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua kontraktor dan subkontraktor mematuhi peraturan dan prosedur kerja yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.
Menurut LLM, arahan dikeluarkan kepada semua syarikat konsesi yang terlibat dalam projek lebuh raya dalam pembinaan supaya melaksanakan pemeriksaan keselamatan terperinci menerusi juruaudit bebas.
Selaras dengan perjanjian konsesi, kenyataan itu memaklumkan jika berlaku kejadian di luar jangkaan, syarikat konsesi bertanggungjawab untuk melantik juruaudit bebas yang akan dipantau LLM.
"Pelantikan juruaudit bebas ini perlu untuk menilai keseluruhan pematuhan SOP, langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dilakukan dan mengkaji punca insiden luar jangka," menurut kenyataan itu.
Selain itu, LLM diarahkan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof agar memastikan kesemua syarikat konsesi melaksanakan pemeriksaan terperinci di semua kawasan pembinaan yang berisiko tinggi terhadap keselamatan pengguna jalan raya, orang awam dan pekerja pembinaan.
Sementara itu, pemandu lori yang cuai hingga menyebabkan bongkah konkrit terjatuh dari sebuah lori di lorong tengah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) selepas Hillview menghala ke Ampang hari ini telah dikenakan tindakan saman.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohammed Farouk Eshak berkata insiden pada kira-kira 7 pagi itu telah menyebabkan laluan trafik sesak di kawasan tersebut.
Prolintas dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan insiden yang tular dalam media sosial itu tidak ada kaitan dengan pembinaan SUKE.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 25 2021

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) telah melantik juruaudit bebas. - Astro AWANI/ SHAHIR OMAR

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PROLINTAS ambil maklum 'warga kerja' ditahan, komited kekalkan integriti
PROLINTAS ambil maklum beberapa warga kerja mereka ditahan reman oleh SPRM bagi membantu siasatan, kekal komited dengan integriti.

Teknologi terkini lebuh raya Prolintas pastikan keselesaan, keselamatan pengguna
Lebuh raya Prolintas juga mendapat penarafan mengikut Indeks Bangunan Hijau (GBI).

Kadar tol lebuh raya AKLEH, GCE, LKSA dan Kajang SILK turun 8 - 15 peratus
Pengurangan kadar tol ini membabitkan kenderaan Kelas Satu, Kelas Empat dan Kelas Lima di empat lebuh raya terbabit.

Tanggungjawab Prolintas bayar kontraktor DASH, SUKE, bukan kerajaan
KKR memaklumkan Prolintas adalah pemegang konsesi bagi kedua-dua lebuh raya tersebut.

Kutipan tol di Lebuhraya SUKE bermula tengah malam ini
Kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula 12.01 tengah malam ini.

Papan tanda tambahan Lebuhraya SUKE akan ditambah baik
Papan tanda tambahan di persimpangan bercabang sepanjang Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang baharu beroperasi, akan ditambah baik agar tidak mengelirukan pengguna.

Operasi pembersihan perancah besi DASH dihentikan akibat hujan lebat - Prolintas
Datuk Mohammad Azlan Abdullah menjelaskan kerja-kerja pembersihan akan bersambung pada Isnin.

Tragedi kren SUKE: Prolintas patuh arahan LLM lantik juruadit bebas
Prolintas dan SUKE akan memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada juruaudit bebas tersebut dalam mengkaji punca sebenar kejadian.

Tragedi SUKE: Prolintas ambil tindakan tegas jika terbukti ada kecuaian
Prolintas memandang serius isu keselamatan awam dan pekerja di tapak pembinaan.

Konkrit hempap kereta: KKR arah tindakan tegas diambil
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata insiden itu tidak seharusnya berlaku dan KKR tidak berkompromi dalam soal keselamatan serta nyawa orang ramai.