KUALA LUMPUR: Dua kontraktor yang terlibat dengan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dikenakan penalti berjumlah RM300,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tapak bina sehingga mengakibatkan kemalangan maut pada 22 Mac lepas.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam kenyataan memaklumkan denda itu dikenakan melalui prosiding tindakan tatatertib kontraktor yang diadakan pada 20 Sept lepas.
"Prosiding itu memutuskan kontraktor utama untuk Pakej CA3, jajaran CH4200 hingga CH7800 Projek SUKE iaitu Syarikat Muhibah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd dikenakan penalti sebanyak RM100,000.
"Sementara itu subkontraktor untuk projek yang sama, China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd pula dikenakan penalti RM200,000," menurut kenyataan itu.
Kedua-dua kontraktor didapati bersalah di bawah Seksyen 34B(1)(b) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Akta 520) yang memperuntukkan setiap kontraktor perlu memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas pembinaan.
CIDB-PENALTI 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Sekiranya kontraktor gagal memastikan keselamatan, CIDB boleh mengenakan penalti yang tidak melebihi RM500,000 ke atas mereka.
Pada 22 Mac lepas, tiga maut dan seorang cedera apabila salah satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak projek pembinaan SUKE dan menghempap sebuah kereta di Persiaran Alam Damai, Cheras.
"Bagi menjamin keselamatan awam dan langkah-langkah kerja bagi projek SUKE, CIDB turut menyarankan agar kontraktor terbabit melakukan audit keselamatan oleh pihak ketiga terhadap keselamatan projek, cara kerja dan pengendalian serta pengurusan tapak bina," menurut kenyataan itu.
Pada November 2020, CIDB telah mengenakan penalti RM180,000 kepada dua kontraktor yang terlibat dengan pembinaan pakej CA2, SUKE, berikutan kejadian bongkah konkrit terjatuh dari struktur pembinaan lebuh raya itu dan menimpa sebuah kenderaan pada 19 Sept 2020.
Di dalam kes berkenaan kontraktor utama dikenakan penalti RM80,000 manakala subkontraktor pula dikenakan penalti RM100,000.
Sementara itu Ketua Eksekutif CIDB Datuk Ahmad 'Asri Abdul Hamid berkata CIDB memandang serius setiap kemalangan yang berlaku di sektor pembinaan dan mengingatkan penggiat industri agar sentiasa komited untuk terus meningkatkan tahap keselamatan serta menjaga keselamatan serta kesihatan pekerjaan di tapak pembinaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 11 2021

Dua kontraktor yang terlibat dengan projek SUKE dikenakan penalti berjumlah RM300,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tapak bina sehingga mengakibatkan kemalangan maut pada 22 Mac lepas. - Gambar fail/BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pembinaan lebuh raya SUKE ditangguh sehingga laporan audit keselamatan diperoleh
Pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) ditangguhkan sehingga menerima laporan audit keselamatan daripada juruaudit bebas yang dilantik.

Tragedi kren SUKE: Prolintas patuh arahan LLM lantik juruadit bebas
Prolintas dan SUKE akan memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada juruaudit bebas tersebut dalam mengkaji punca sebenar kejadian.