KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah menggunakan Ordinan Darurat untuk meningkatkan atau menambah perbelanjaan melebihi had siling yang telah diluluskan Parlimen pada Ogos 2020, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata pinjaman kerajaan sehingga April 2021 berjumlah RM81.8 bilion, manakala setakat Mei adalah sekitar RM99.3 bilion, bukan RM115.53 bilion seperti yang didakwa sesetengah pihak.
"Kesemua pinjaman kerajaan adalah berdasarkan perbelanjaan yang diluluskan di Parlimen sewaktu pembentangan Belanjawan 2021," katanya menerusi hantaran video di laman Facebooknya hari ini.
Menerusi video itu, Tengku Zafrul menjawab pelbagai dakwaan tidak berasas bahawa negara telah meminjam RM115.53 bilion sehingga Mei 2021 untuk berbelanja tanpa kawalan selain operasi pinjaman dan perbelanjaan kerajaan yang didakwa tidak telus hanya kerana tempoh darurat.
Menyentuh pinjaman yang dibuat oleh Petronas dan Khazanah Nasional Bhd, Tengku Zafrul berkata ia merupakan keperluan modal dan aliran tunai syarikat terbabit.
"Itu hutang mereka, bukan hutang kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau turut menjelaskan, kerajaan yang ada pada masa ini tidak membuat pinjaman di luar belanjawan tahunan atau 'off-balance sheet', tidak seperti kerajaan terdahulu, apabila hutang kerajaan Persekutuan meningkat lebih 120 peratus manakala jumlah jaminan kerajaan meningkat lebih 240 peratus bagi tempoh 2008 hingga 2017.
Berkenaan hutang legasi 1Malaysia Development Bhd (1MDB), SRC International Sdn Bhd (SRC) dan Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) berjumlah lebih RM40 bilion, Tengku Zafrul berkata RM15.5 bilion hutang 1MDB dan SRC sudah dibayar oleh kerajaan setakat ini.
Bagaimanapun, katanya, masih ada baki hutang merangkumi prinsipal dan faedah berjumlah lebih RM42.3 bilion.
"Bayangkan, jika jumlah hampir RM58 bilion ini dapat digunakan, berapa ramai rakyat kita dapat dibantu semasa pandemik ini?
"Bukan hendak mengungkit, tetapi isu ini amat relevan dengan isu hutang negara dan kemampuan fiskal kerajaan untuk membantu rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 26 2021
Tengku Zafrul berkata, pinjaman kerajaan sehingga April 2021 berjumlah RM81.8 bilion, manakala setakat Mei adalah sekitar RM99.3 bilion, bukan RM115.53 bilion seperti yang didakwa sesetengah pihak. - Gambar fail
Yahya Sinwar sah dibunuh Israel - Hamas
Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel.
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan yang baharu
Polis Diraja Malaysia umum pertukaran empat pegawai kanan berkuat kuasa 18 Nov ini.
Bilangan warga asing di Jepun cecah rekod 3.5 juta setakat Jun
Bilangan warga asing yang menetap di Jepun mencapai rekod tertinggi lebih 3.5 juta pada separuh pertama 2024, menurut data kerajaan.
Industri perbankan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah ekonomi mampan, inklusif
Institusi kewangan sifatkan Belanjawan 2025 langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.
Pembinaan WCE beri manfaat kepada Melaka - Ketua Menteri
Laluan berkenaan bakal menjadi alternatif untuk pengguna ke Melaka selain Lebuhraya Utara-Selatan.
Belanjawan 2025: Komitmen berterusan kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal, pertumbuhan seimbang - Khazanah
Khazanah dan syarikat-syarikat portfolionya kekal selaras dengan visi Belanjawan 2025 dan sedia menyokong agenda yang berpandangan jauh.
Belanjawan 2025: Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk pacu inovasi AI
Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI).
Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Belanjawan 2025: Naik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal & program penjagaan kesihatan
Kementerian kesihatan menerima peruntukan sehingga RM45.3 bilion dengan fokus menaik taraf prasarana, rawatan penyakit kritikal, dan program penjagaan kesihatan.
Belanjawan 2025: Perolehan kapal baharu APMM mampu tingkat keupayaan jaga perairan negara
Pengumuman peruntukan pembelian tiga kapal baharu bagi APMM dalam Belanjawan 2025 dilihat tepat pada masanya.
Malaysia dijangka meterai FTA dengan UAE akhir tahun ini - Tengku Zafrul
Malaysia dijangka menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini.
Malaysia sedia bekerjasama dengan UNESCAP promosi pelaburan - Tengku Zafrul
Malaysia sedia meneroka peluang kerjasama dengan UNESCAP dalam mempromosi pelaburan dan pelaburan hijau.
Ekonomi Malaysia antara yang terbaik di dunia – Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia yang mampan menjadikan Malaysia antara beberapa negara di dunia yang menunjukkan pertumbuhan pantas terutama ketika ketidaktentuan ekonomi global.
PRK DUN Mahkota: Tengku Zafrul optimis undi awal berpihak kepada BN
Tengku Zafrul berkata, BN meletakkan calon yang berkualiti, berkredibiliti dan berpengalaman berkhidmat di DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Jangan terlalu selesa, harus pulang mengundi - Tengku Zafrul
Beliau berkata, hal ini kerana sekitar 50 peratus pengundi bekerja di luar, yang dilihat sebagai antara cabaran dihadapi Barisan Nasional.
Perkhidmatan, pembuatan sumbang sebahagian besar pelaburan RM160 bilion pada separuh pertama 2024
Tengku Zafrul berkata lonjakan pelaburan itu disokong oleh 2,948 projek pelaburan yang dijangka mencipta kira-kira 79,187 peluang pelaburan baharu.
Perbincangan FTA GCC diteruskan, muktamad perjanjian dua hala UAE akhir tahun - Tengku Zafrul
Malaysia akan meneruskan perbincangan FTA dengan GCC dan memuktamadkan perjanjian dua hala dengan UAE pada akhir tahun ini.
Malaysia ketuai koordinasi perbincangan semakan FTA ASEAN-India November ini - Tengku Zafrul
Malaysia akan mengetuai koordinasi antara negara ASEAN dan India bagi mengadakan perbincangan untuk meningkatkan aspek perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara kedua-dua pihak.
Malaysia sedia penuhi peningkatan permintaan India bagi minyak sawit - Tengku Zafrul
Malaysia bersedia memenuhi peningkatan permintaan India bagi minyak sawit menerusi kerjasama dengan syarikat-syarikat pengimport utama.
Malaysia berada di landasan tepat capai unjuran KDNK 4.0-5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Antara faktor peningkatan KDNK bagi suku kedua adalah peningkatan ketara pelaburan swasta kerana pelabur semakin yakin dengan prospek ekonomi negara.