KUALA LUMPUR: Kerajaan berusaha untuk mempromosikan produk tempatan di pasaran antarabangsa secara kolektif dan berstruktur, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai produk tempatan, terutama yang dihasilkan usahawan muda yang berpotensi menembusi pasaran antarabangsa, namun ia perlu dipromosikan secara berterusan oleh kerajaan.
"Pada hemat saya galakan ini mesti berstruktur, bukan secara hangat hangat tahi ayam sahaja.
"Kita tahu dalam kalangan anak muda ini mempunyai kekangan dan (dengan) rangkaian antarabangsa KUSKOP (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan Mara (Majlis Amanah Rakyat) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, kita akan bantu mereka bersama Persatuan Francais Malaysia dan lain-lain badan bukan kerajaan," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan MoodaFest 2024 di Rumah Tangsi di sini, semalam.
Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Mara, akan memilih produk berpotensi yang dihasilkan lebih 500,000 usahawan berdaftar di bawah agensi itu serta Kreatif Malaya, untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa.
"Penghasilan produk ini juga akan dibantu bukan sahaja dari segi pembiayaan, tetapi juga dari segi mewujudkan pasaran antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 07 2024

Ahmad Zahid bersama sebahagian daripada peserta dan pelawat sewaktu merasmikan MoodaFest 2024 di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur, pada Ahad. - Facebook Ahmad Zahid Hamidi
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Jiwa SME 2024: Penamat gemilang, pembuka jalan kejayaan baharu
Jelajah Jiwa SME 2024 menutup tirai dengan jayanya tahun ini selepas melalui perjalanan penuh bermakna dari Johor Bahru, meneruskan program ke Ipoh, dan akhirnya tiba di Shah Alam.

Jiwa SME: Transformasi PMKS tahun ini bermula di Johor Bahru
Jiwa SME sebuah platform bagi memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui peluang perkongsian pengetahuan serta strategi bakal membuka tirai esok.

Kerajaan promosi produk tempatan di pasaran antarabangsa secara kolektif, berstruktur
Malaysia ada pelbagai produk tempatan yang berpotensi menembusi pasaran antarabangsa, namun perlu promosi berterusan oleh kerajaan.

145 usahawan berkampung di Melaka sempena SDSI bermula 6 Okt ini
Sebanyak 145 usahawan dari 14 negeri bakal memeriahkan Pameran SDSI MADANI Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di MITC di sini selama tiga hari bermula Jumaat.

Malaysia perlu giat promosi usahawan tempatan tembusi pasaran halal global - Zahid
Malaysia perlu berada di barisan paling hadapan dalam mempromosi usahawan tempatan agar mereka mampu menembusi pasaran industri halal global yang dijangka mencecah AS$5 trilion menjelang 2030.

Momentum Internet sasar 100,000 usahawan digitalisasi perniagaan
Program tersebut bertujuan membantu lebih ramai usahawan tempatan mencapai sasaran jualan dan terjejas akibat COVID-19.

Tesco bantu usahawan, perniagaan baharu menerusi 'Hero Bangkit'
Peraduan 'Hero Bangkit' dirancang untuk mengenali dan memperkasakan usahawan yang berdaya tahan ketika saat-saat sukar pandemik COVID-19 melanda.

Pasar Minggu Medan Niaga Satok, Pasar Tani FAMA di Sarawak beroperasi kembali esok
Susulan langkah kerajaan memberi kelonggaran untuk membenarkan pasar tani dan pasar minggu beroperasi dalam tempoh PKPP.

Usahawan digesa rebut peluang industri halal dunia bernilai AS$7 trilion
Usahawan tempatan dijangka dapat menarik USD350 bilion daripada industri berkenaan yang kini dilihat semakin berkembang pesat.

Berdikari formula terbaik untuk berjaya
Fenomena mahu berniaga tetapi kabur mengenai jenis perniagaan yang wajar diceburi menjadi cabaran yang terpaksa ditangani SME Corp Malaysia.