COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengakibatkan banyak perniagaan daripada pelbagai industri terjejas dan perlu mengubah cara operasi mengikut kebiasaan baharu.

Memahami situasi yang dihadapi kebanyakan usahawan, Tesco tampil menerusi inisiatif ‘Hero Bangkit’ bertujuan membantu perniagaan yang terjejas termasuklah usahawan yang baharu dan ingin memulakan perniagaan.

Kempen tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung dan mengangkat semangat para usahawan Malaysia.



Selain itu, ini dua realiti yang dihadapi oleh para usahawan bagi memastikan kelangsungan perniagaan ketika pandemik COVID-19 melanda.
Bagi Pengurus Syarikat MHP Enterprise (Masri), Masleha Zainuddin, beliau berdepan cabaran membayar gaji pekerja setelah jualan syarikat terkesan teruk sejak PKP dilaksanakan.


“Sebagai usahawan dan pemasaran produk-produk IKS di Sekinchan, kami berganding bahu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi terutama dari segi pemasaran kerana sebelum ini hanya berniaga secara fizikal.
“Kalau dahulu pelanggan terus datang ke kedai, tiada kerisauan dari segi pemasaran dan jumlah jualan pun memberangsangkan tetapi bila jadi begini, memang perlu cara lain, iaitu jualan secara dalam talian,” katanya.
Lain pula ceritanya dengan Pengarah Urusan Tokku Lekor Sdn Bhd, Nurul Hana Nordin yang berkongsi tindakan yang diambil bagi memastikan perniagaannya terus bertahan.


“Sebelum ini, perniagaan banyak bergantung kepada pelanggan yang datang ke kedai, bila PKP dijalankan, kami ambil inisiatif gunakan internet untuk menerima tempahan.

“Pengusaha perlu memikirkan cara lain supaya produk mesti berjalan supaya dapat menampung kos-kos jualan dan meningkatkan strategi pemasaran,” ujarnya.

Oleh itu, usahawan yang berminat, tidak kira yang sudah beroperasi ataupun baru mahu bermula perniagaan, boleh menghantar kisah perniagaan mereka di www.herobangkit.com.my.

Menerusi peraduan tersebut, usahawan terpilih berpeluang memenangi baucar Tesco bernilai RM5,000 serta pengiklanan percuma yang akan disiarkan di radio ERA, MY, program bual bicara hLive di Astro RIA.

Peraduan berlangsung pada tarikh berikut:
Maklumat lanjut mengenai peraduan ini, boleh layari: