MANILA: Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, pada petang Khamis, mengorbankan empat orang, menurut Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Kejadian berlaku sekitar 2 petang waktu tempatan di bandar Ampatuan, menurut laporan itu.

Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kewarganegaraan mangsa.

-- BERNAMA