GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan bertindak lebih tegas terhadap pengusaha ladang babi yang tidak mematuhi Enakmen Penternakan Babi 2016 sehingga menyebabkan pencemaran melalui pelepasan air sisa dari ladang ternakan haiwan berkenaan ke dalam sungai.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan negeri Dr Norlela Ariffin berkata antara kriteria utama yang perlu dipatuhi oleh pengusaha ladang ialah kandang mestilah tertutup dan mempunyai pengurusan sisa kumbahan ladang.
"Enakmen ini berfungsi mencegah pencemaran bau dan air. Bermula Januari 2022, kerajaan negeri akan menutup operasi dan merobohkan ladang-ladang yang tidak mematuhi syarat-syarat ini.
"Ramai pengusaha ladang yang tidak ambil peduli tentang syarat ini. Kita perlukan sungai yang bersih sekiranya kita bergantung kepada sumber air," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Norlela telah diminta mengulas mengenai hantaran dimuat naik di Facebook Menteri Air dan Alam Sekitar Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mengenai pencemaran Sungai Gertak Sanggul yang disebabkan oleh ladang ternakan babi.
Menurut Tuan Ibrahim, Jabatan Alam Sekitar telah melakukan siasatan dan punca pencemaran adalah disebabkan pelepasan air sisa daripada dua ladang ternakan babi di Mukim 8, Gertak Sanggul dan penternak memaklumkan akan menutup operasi dalam tempoh tiga hingga enam bulan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata pelesenan ladang babi di Pulau Pinang pada 2022 diluluskan kepada 62 ladang sahaja berbanding 143 ladang pada 2021.
Beliau berkata mana-mana ladang yang telah mencapai lebih 50 peratus kemajuan dalam pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan untuk mematuhi syarat lesen, maka ladang berkenaan akan diberikan pertimbangan untuk kelulusan lesen penternakan secara bersyarat dan akan dibenarkan beroperasi.
"Selari dengan arahan tersebut, jabatan telah mengeluarkan kompaun terhadap 54 ladang babi dan 25 ladang telah secara suka rela untuk memberhentikan aktiviti penternakan dan dalam proses mengosongkan ladang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022

Kerajaan Pulau Pinang akan bertindak lebih tegas terhadap pengusaha ladang babi yang tidak mematuhi Enakmen Penternakan Babi 2016 sehingga menyebabkan pencemaran. - Gambar hiasan/BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda.

Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.

1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.

P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.

TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.

Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.

Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.