Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohd Shoki Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.39 pagi, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal terus ke lokasi kejadian.
"Sebaik pasukan bomba tiba mendapati tangan wanita itu telah tersepit pada mesin memerah air tebu dan pihak kami telah berjaya mengeluarkan tangan mangsa dengan menggunakan peralatan khas kurang daripada lima minit.
"Seterusnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah pada semua jari hingga ke pergelangan tangannya itu dibawa menaiki ambulans ke hospital, bagi menerima rawatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Shoki berkata keadaan mangsa dilaporkan stabil dan operasi tamat sepenuhnya pada 9.49 pagi.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)