JASIN: Malang tidak berbau apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas jari sehingga pergelangan tangan kirinya hancur akibat tersepit di mesin pemerah tebu dalam kejadian di Taman Serkam Jaya di sini malam ini.
Difahamkan dalam kejadian pada kira-kira 7.45 malam itu, kanak-kanak tersebut cedera ketika membantu bapanya yang berniaga air tebu di bazar Ramadan di taman berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.49 malam dan tiba di lokasi lapan minit kemudian.
"Sejurus tiba di tempat kejadian, pihak bomba telah menjalankan operasi mengeluarkan tangan kiri mangsa daripada mesin pemerah itu dan mengambil masa kira-kira 15 minit.
"Tangan kiri kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan sebelum mangsa itu kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 8.12," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021

Difahamkan, kanak-kanak tersebut cedera ketika membantu bapanya yang berniaga air tebu di bazar Ramadan di taman berkenaan. - Foto Sinar Harian

Tiket ETS KTMB sempena Aidilfitri hanya berbaki 20 peratus
Tiket ETS yang dijual sejak 3 Mac lepas kini hanya berbaki 20 peratus daripada lebih 100,000 tiket yang ditawarkan sempena Aidilfitri.

Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta tanpa kebenaran
Polis sedang menyiasat aduan mengenai tindakan sekumpulan lelaki mengeluarkan 28 kereta yang masih menunggu keputusan mahkamah berkaitan tuntutan insurans.

G7 gesa Rusia setuju gencatan senjata dengan Ukraine
G7 menggesa Rusia supaya memberikan respons dengan bersetuju terhadap gencatan senjata secara adil dan melaksanakannya sepenuhnya.

Ketua Parti Liberal Mark Carney angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-24 Kanada
Katanya, kabinet yang lebih kecil dan berpengalaman untuk bergerak lebih pantas, menjamin ekonomi Kanada dan melindungi masa depan negara itu.

Khazanah Nasional akan peroleh pegangan INCJ dalam Kumpulan EDOTCO
INCJ telah mencapai penghujung mandat pelaburannya dan menghargai usaha sama dengan INCJ, sejak penyertaannya pada 2017.

Kerajaan sasar RM9 bilion dijana daripada jualan kayu getah terawat
RISDA telah ambil langkah proaktif menerusi cadangan pelaksanaan program TGBB bagi mengurangkan kebun getah terbiar.

Perang dagangan, tarif, sekatan jadi senjata dominasi global - PM Anwar
Anwar berkata, berikutan Order Baru Dunia yang sedang terbentuk, negara-negara di seluruh Global South hadapi cabaran yang semakin meningkat.

Malaysia akan perkukuh peranan ASEAN, tingkatkan penglibatan di peringkat global - PM Anwar
Anwar menggesa tindakan kolektif bagi mempertahankan keamanan dan memastikan orde antarabangsa yang stabil.

Aminuddin sedia pertahan jawatan Naib Presiden PKR
Beliau berkata saingan kali ini lebih sengit kerana PKR merupakan komponen parti menerajui Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

MMA harap kadar baharu yuran perundingan GP swasta berpatutan, adil
Dr Kalwinder Singh berkata MMA percaya kenaikan yuran perundingan kepada sekurang-kurangnya RM60 adalah wajar dan adil.

Pergelangan tangan kiri kanak-kanak lelaki hancur tersepit mesin pemerah tebu
Difahamkan, kanak-kanak tersebut cedera ketika membantu bapanya yang berniaga air tebu di bazar Ramadan di taman berkenaan.

Awas, Sindrom Terowong Carpal serang saraf median tangan!
Individu yang sering menaip menggunakan laptop dan gajet dalam kerja seharian, terdedah kepada risiko mendapat Sindrom Terowong Carpal (CTS).

PKPB: Siti Safiyah rangka latihan sendiri
Menurut Siti Safiyah, pemain boling yang 'meninggalkan' latihan bagi tempoh yang lama biasanya akan mengalami kesakitan pada bahagian jari dan pergelangan tangan.

Sadis! Suami tetak isteri hingga mati, cebisan jari ditemui di dapur
Sadis, apabila seorang wanita ditemui mati dipercayai ditetak oleh suaminya sendiri dalam satu kejadian di Ladang Pintasan, di sini, semalam.