Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Yeoh Soon Hin berkata susulan penganjuran program itu, pihaknya telah menerima permohonan rasmi daripada kerajaan negeri dan George Town World Heritage Incorporated untuk menyelaras trip perkhidmatan feri pada hari berkenaan.
"Tiga trip tambahan itu ialah dari Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di George Town ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth pada 12 tengah malam, 12.30 tengah malam dan 1 pagi.
"Inisiatif itu bagi memastikan kelancaran pergerakan pengunjung yang menghadiri program terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Majlis sambutan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Kongsi Pengkalan Chew Pulau Pinang itu dijadual bermula dari 7 malam hingga 12 tengah malam.
-- BERNAMA