BUTTERWORTH: Perkhidmatan feri untuk kenderaan beroda dua iaitu motosikal dan basikal akan dihentikan sementara bermula 1 Jan depan bagi memberi laluan kerja-kerja menaik taraf dermaga di terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), di sini dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU), George Town.
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Tan Teik Cheng berkata, proses menaik taraf itu mengambil masa selama tujuh bulan merangkumi penggantian pelantar laluan dan pemasangan ponton terapung untuk disesuaikan dengan spesifikasi feri baharu.
"Sepanjang tempoh itu, perkhidmatan feri kenderaan beroda dua dihentikan namun perkhidmatan feri berulang alik dari PSAH dan Terminal Swettenham Pier Cruise (SPCT) untuk penumpang pejalan kaki masih diteruskan dan sebanyak 200 slot parkir berbumbung bagi motosikal serta basikal secara percuma disediakan di PSAH dan SPCT.
"Kerja-kerja naik taraf membabitkan kos kira-kira RM19 juta itu turut melibatkan proses memasak cerucuk di dasar kaut bagi mengukuhkan lagi ponton terapung dan proses tersebut akan mengambil sedikit masa memandangkan ia berisiko tinggi.
"Saya percaya apabila kerja-kerja menaik taraf kedua-dua terminal siap kelak dan seiring dengan pengenalan feri baharu di perairan Pulau Pinang, penduduk di sini dapat menikmati perkhidmatan feri yang moden, selesa, cepat serta efisen," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Zairil Khir Johari ke PSAH, di sini hari ini.
Tan berkata bagi terminal feri PSAH, ruangan menunggu pengguna motosikal sedia ada telah diubah menjadi kawasan meletak motosikal dan basikal manakala pengguna dari arah George Town, ruangan meletak kenderaan SPCT disediakan di kawasan gudang, laluan masuk Jalan Tun Syeh Barakbah.
Katanya kawasan meletak motosikal dan basikal itu dibuka sepanjang operasi perkhidmatan feri iaitu bermula dari pukul 6 pagi hingga 9 malam dan dengan kemudahan tersebut pengguna kenderaan dua roda berkenaan dapat meneruskan perjalanan menyeberang dengan menggunakan perkhidmatan bot laju lebih pantas iaitu melibatkan perjalanan kurang 10 minit.
Sementara itu, Zairil berkata kedua-dua terminal feri tersebut dilengkapi dengan stesen bas henti-henti Rapid Penang yang memudahkan pengerakan pengguna feri sebaik sahaja tiba malah kerajaan negeri nersama Rapid Penang juga akan melancarkan bas CAT Bridge baharu yang percuma dari Bukit Mertajam Summit melalui Bandar Perda ke bahagian Pulau negeri itu bermula 1 Jan nanti.
"Pemberhentian sementara untuk perkhidmatan penunggang motosikal dan basikal ini tidak dapat dielakkan dan kita faham 400 hingga 500 pengguna setiap hari akan terkesan sebab itu kami sediakan beberapa alternatif kepada mereka antaranya bas CAT Bridge ke bahagian pulau, kawasan parkir berbumbung kawasan jeti dan menaiki bot laju secara percuma.
"Perkhidmatan bas CAT Bridge yang sedia ada dari Seberang Jaya ke bahagian pulau tetap diteruskan seperti biasa, kedua-duanya disediakan kepada komuter dan penunggang motosikal serta basikal bagi tujuan penyeberangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022

Perkhidmatan feri kenderaan beroda dua dihentikan namun perkhidmatan feri berulang alik dari PSAH dan Terminal Swettenham Pier Cruise (SPCT) untuk penumpang pejalan kaki masih diteruskan. - Bernama

Barcelona dedah Lamine Yamal teguh berpuasa
Kelab itu sebaliknya menaruh kepercayaan terhadap pakar pemakanan skuad pertama, Silvia Tremoleda, untuk menyelia diet pemain.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 10 Mac 2025
Bursa Malaysia dijangka meningkat minggu ini didorong sentimen positif dan minat baharu terhadap saham kukuh.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Isnin? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Isnin? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Ketegangan Perdagangan Global: Strategi Pelaburan di Malaysia Bersama Mohd Sedek Jantan
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, membincangkan impak ketegangan perdagangan global terhadap ekonomi Malaysia, sektor yang berpotensi, dan strategi pelaburan yang bijak dalam menghadapi ketidakpastian pasaran.
Ringgit diunjur terus bertahan, cecah 4.41-4.45 berbanding dolar AS minggu ini
Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) dan prospek ekonomi makro Malaysia yang kukuh akan terus memacu ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat 4.41-4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), minggu ini.
Building resilience and success in women entrepreneurship
Many women entrepreneurs in Malaysia face deep-rooted challenges, from funding limitations to knowledge gaps in branding and financial management. This discussion with Founder, Yellow Tree Malaysia, Alleena Abdullah explores key strategies to accelerate their success while ensuring long-term business sustainability.
Naratif kepimpinan wanita, perlu evolusi atau revolusi?
Politik, korporat, ‘boys club’ dan stereotaip – bagaimana wanita Malaysia boleh menembusi halangan ini? Bersama Dinie Fadil, pengasas GAPS Malaysia, kita kupas cabaran sebenar wanita dalam dunia politik dan korporat.

Apple kini aktif bangunkan AirPods dilengkapi kamera
Secara kasar, ia dilihat sebagai alternatif pantas oleh Apple kepada kaca mata pintar yang ditawarkan oleh pesaing lain.
AWANI Ringkas: KPM larang jualan gula-gula bentuk vape di sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ringgit dibuka kukuh didorong jangkaan tinggi terhadap penurunan kadar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan terus meningkat kepada 4.4085/4210 berbanding dolar AS daripada 4.4110/4145 pada Jumaat lepas.
AWANI Ringkas 10 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 10 Mac 2025
1️⃣ KPM larang jualan gula-gula bentuk vape di sekolah
2️⃣ Tangguh perjalanan tak penting ke Yala, Narathiwat, Pattani
3️⃣ Israel henti bekalan elektrik ke Gaza, tekan Hamas
#awaniringkas
1️⃣ KPM larang jualan gula-gula bentuk vape di sekolah
2️⃣ Tangguh perjalanan tak penting ke Yala, Narathiwat, Pattani
3️⃣ Israel henti bekalan elektrik ke Gaza, tekan Hamas
#awaniringkas

JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh
Pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda.

Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.

1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.

P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.

TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.

Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.