Jelas beliau, kerajaan MADANI bersungguh-sungguh untuk membawa perubahan yang besar kepada negara.
“Saya maklumkan kerajaan kini punyai pasukan yang mantap dan akan bekerja keras melaksanakan dasar serta polisi yang menguntungkan rakyat keseluruhannya,” katanya pada Majlis Makan Malam bersama Diaspora Malaysia dan rakan-rakan Malaysia, di sini.
Hadir bersama 200 tetamu pada majlis itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, siri lawatan ke beberapa negara telah memberi impak positif, bukan hanya dalam mengukuhkan hubungan dua hala, tetapi juga limpahan positif kepada ekonomi dan rakyat secara keseluruhan.
Justeru, Perdana Menteri memohon agar rakyat baik di Malaysia atau di luar negara untuk terus mendukung segala usaha baik yang dibuat kerajaan.