GEORGE TOWN: Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata buat masa ini, terdapat beberapa syarat terdahulu yang perlu dipenuhi oleh DNB.
"Syarat terakhir ialah membentuk Lembaga Pengarah. Jadi, pagi tadi mereka (DNB) telah mengeluarkan kenyataan, Lembaga Pengarah telah dilantik. Sebaik sahaja perkara itu berlaku, Lembaga Pengarah terbabit perlu meneliti kaedah penilaian yang sepatutnya siap tidak lama lagi.
"Selepas itu, mereka akan memulakan langkah dan saya harap mereka bergerak ke hadapan dengan pantas kerana amat penting bagi kami untuk memastikan bahawa kami boleh memberi tumpuan kepada pelancaran 5G," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Connected Industries Day: Transforming Manufacturing With 5G And AI di sini hari ini.
Beliau berkata DNB adalah pengendali tunggal rangkaian 5G buat masa ini namun usaha kerajaan ke arah mencapai dwirangkaian masih kekal.
Beliau juga berkata adalah menjadi dasar dan komitmen kerajaan untuk memiliki dwirangkaian.
Terdahulu, DNB melantik lima Ahli Lembaga Pengarah baharu yang terdiri daripada pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi, berkuat kuasa semalam.
Gobind turut mengambil maklum bahawa DNB telah berjaya membina infrastruktur 5G di seluruh negara dengan liputan 80.5 peratus kawasan berpenduduk pada akhir Mac 2024 dengan lebih 11.2 juta pelanggan pada akhir Februari lepas.
Beliau berkata DNB bersama-sama pengendali mudah alih juga telah mengawasi penggunaan beberapa rangkaian persendirian 5G termasuk dalam sektor minyak dan gas.
Justeru itu, Gobind menggesa sektor perkilangan di negara ini untuk melabur dengan pantas dalam mengguna pakai 5G dan terknologi termaju seperti robot perindustrian serta automasi dalam operasi mereka agar kekal relevan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
Menteri Digital Gobind Singh Deo menyampaikan ucapan pada majlis ‘Connected Industries Day’ hari ini. - Foto BERNAMA
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
5G Kedua: PM lihat Huawei alternatif terbaik, mahu seimbangkan teknologi timur dan barat
Pertimbangan ke atas Huawei bukti Malaysia tidak terus bergantung harap kepada Amerika Syarikat atau dunia Barat untuk pembangunan teknologi.
Dwirangkaian 5G disifatkan penyelesaian menang-menang - Penganalisis
Langkah 'memecah' rangkaian tunggal pelaksanaan 5G itu akan membolehkan pemain industri menerokai lebihan 20 peratus liputan.