KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temu bualnya bersama Time pada pertengahan September lalu, telah memberi bayangan bahawa gergasi teknologi China, Huawei, akan dipertimbangkan untuk pembinaan rangkaian 5G kedua negara ini.
Dalam temu bual tersebut, Perdana Menteri berkata, pertimbangan ke atas Huawei adalah bagi membuktikan Malaysia tidak akan terus bergantung harap kepada Amerika Syarikat (AS) untuk pembangunan teknologi, biarpun negara itu adalah rakan dan sekutu sejak sekian lamanya.
Menurut Anwar, pendekatan itu berbeza dengan langkah yang diambil kepimpinan terdahulu, iaitu membiarkan Ericsson membangunkan sistem rangkaian, dan beliau lebih cenderung mempunyai teknologi terbaik dari kedua-dua Timur dan Barat.
“Kepimpinan terdahulu, pemimpin sebelum saya, memutuskan untuk mempunyai satu sahaja sistem rangkaian (dari firma Swedish) Ericsson. Saya berpandangan ia merupakan teknologi yang amat penting.
“Jadi mengapa kita tidak mempunyai rangkaian terbaik dari kedua-dua pihak? Jadi kami memilih (gergasi teknologi China) Huawei untuk sama-sama terlibat.
“Sudah tentu ini akan menimbulkan rasa kurang senang daripada sesetengah pihak. Tetapi saya tidak boleh membiarkannya. Komitmen dan kesetiaan saya adalah kepada rakyat Malaysia,” katanya seperti dilaporkan dalam wawancara khas bersama Time tersebut.
Pada Isnin lalu (9 Oktober), Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dilaporkan sebagai berkata, kerajaan tidak memberi kontrak rangkaian 5G kedua secara rundingan terus kepada Huawei dan menegaskan tiada sebarang bidaan dibuka setakat ini.
Tambahnya lagi, kenyataan Anwar bahawa kerajaan membenarkan Huawei memecahkan monopoli DNB terhadap rangkaian 5G, hanya dalam konteks mengenai majlis penutup Sidang Kemuncak Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) Malaysia 2023 pada bulan lalu.
Beliau berkata, jika ada mana-mana pihak mahu membuat bidaan, pihaknya tiada masalah untuk memberi ruang.
Fahmi berkata demikian sebagai menyangkal dakwaan bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Prof Dr Ong Kian Ming, Kerajaan seolah-olah membuka ruang kepada Huawei untuk rangkaian 5G kedua.
BACA: [KOLUMNIS] Pelaksanaan rangkaian 5G kedua perlu telus, utamakan kepentingan rakyat
Dalam sidang Parlimen pada Mei lepas, Anwar berkata, proses peralihan model pelaksanaan 5G daripada rangkaian borong tunggal (SWN) kepada dwirangkaian, menerima tekanan pelbagai pihak.
Fahmi pada awal Mei memaklumkan, rangkaian kedua 5G melalui satu entiti baharu akan diwujudkan pada awal 2024, sejajar dengan langkah menukar sistem SWN kepada dwi rangkaian. Entiti baharu itu akan menjadi rangkaian kedua selepas pelaksanaan 5G ketika ini melalui DNB.
Firdaus Azil
Fri Oct 13 2023
Menurut PM Anwar Ibrahim, pertimbangan ke atas Huawei bukti Malaysia tidak terus bergantung harap kepada Amerika Syarikat atau dunia Barat untuk pembangunan teknologi.
Dialog Anak Muda: Belanjawan 2025: Macam mana ok?
Rasionalisasi subsidi RON95, kadar baharu gaji minima dan pemerkasaan TVET antara tumpuan dalam pembentangan Belanjawan 2025. Analisis isu-isu ekonomi diteruskan dalam Dialog Anak Muda 8.30 malam ini.
AWANI Tonight: Belanjawan 2025: What are the hits and misses
Bait al-Amanah's Benedict Weerasena shares his thoughts on the hits and misses of Budget 2025, which sees an allocation of RM421 bil, a 3.3% increase from the previous year.
AWANI Tonight: Key highlights from Belanjawan 2025
Key highlights from Belanjawan 2025, which includes increased allocations for Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tax reliefs for first home buyers, and cash aid for singles, among other reforms.
PDRM pastikan insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya - KPN
PDRM akan memastikan semua perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk pasukan keselamatan itu, akan dimanfaatkan sepenuhnya.
AWANI Tonight 18 Oct 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
It's About YOUTH: Rethinking the workplace for the younger generation
Celine Ting (@celinetingkl) from OpenAcademy and Anas Hayyan (@anashayyan) from Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) discuss strategies for retaining and developing today's workforce, with a focus on meeting Gen Z's expectations while boosting productivity. #ItsAboutYOUth
345,000 rakyat Palestin di Gaza berdepan krisis kebuluran pada musim sejuk ini - PBB
Terdapat peningkatan ketara daripada 133,000 individu yang kini diklasifikasikan sebagai mengalami "krisis ketidakjaminan makanan."
Dua lelaki ditahan bantu siasatan penyeludupan warga Myanmar
Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang dalam kemas kini di Instagram Story bertitah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025: Kementerian Komunikasi akan pastikan semua maklumat sampai kepada rakyat - Fahmi
Lebih daripada 50 ikhtiar diumumkan dan di pihak kementeriannya, beliau memberi jaminan semua inisiatif itu akan disampaikan kepada rakyat.
Belanjawan 2025: Penjawat awam tidak dilupa, ini manfaat untuk mereka
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2025 mengajak penjawat awam menerapkan budaya kerja baharu untuk menambah baik kecekapan tahap perkhidmatan kepada rakyat.
Belanjawan 2025 mengangkat martabat, junjung hak rakyat - Fadillah
Fokus utama belanjawan adalah kesejahteraan rakyat dengan tumpuan kepada perlindungan golongan rentan, menambah baik prasarana asas dan menangani ketirisan.
Belanjawan 2025: Ini 12 inisiatif penting untuk usahawan
Dengan landskap ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memastikan usahawan kekal relevan, berdaya saing, dan mampu berkembang di peringkat tempatan serta global.
Belanjawan 2025: Duti eksais minuman bergula dinaikkan secara berfasa
Hasil yang diperoleh akan dimanfaatkan untuk rawatan diabetes di negara ini serta menyediakan rawatan dialisis bagi pesakit buah pinggang.
Belanjawan 2025: RM1 bilion tangani kos sara hidup
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
Belanjawan 2025: Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
BAP merupakan salah satu daripada 17 bantuan pendidikan yang terus disediakan dengan peruntukan RM5.3 bilion.
Belanjawan 2025: Bantuan Warga Emas naik kepada RM600 sebulan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kadar bantuan kebajikan bulanan kepada rakyat miskin akan ditingkatkan.
Belanjawan 2025: Gaji minimum ditingkatkan kepada RM1,700 sebulan
Anwar berkata, penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa.