KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan kepada pengamal media di dalam negara bahawa mereka bebas melaporkan sebarang berita, namun ia mesti bersandarkan fakta yang benar dan sahih.
Dalam hal ini, perdana menteri berkata sebagai penyebar maklumat, beliau yakin setiap media sedar mengenai batasan dan tanggungjawab mereka.
"Yang saya tahu, media mesti bertanggungjawab iaitu menceritakan perkara yang sebenar, memberikan informasi yang sebenar.
"Jika memberikan informasi yang sebenar, pasti tidak akan ada bantahan dan kekangan daripada kerajaan tentang bagaimana berita tersebut nak disampaikan," katanya kepada pemberita ketika mengadakan kunjungan ke Media Prima di Sri Pentas, di sini.
Terdahulu beliau ditemu bual oleh penyampai saluran radio Hot FM, 8FM, dan Molek FM.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri turut percaya jaminan kerajaan terhadap kebebasan media diterjemah melalui tindakan kerajaan.
"Jika ada yang lebih dari sepatutnya atau dibenarkan, pasti kerajaan akan menegurnya.
"Setakat ini tak ada media yang ditutup atau ditarik lesen sebagainya, itu maknanya kerajaan memberikan kebebasan kepada media," katanya.
Menyifatkan peranan media arus perdana amat penting dalam menyebar maklumat sebenar, perdana menteri turut berharap orang ramai agar tidak hanya bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan maklumat.
"Seperti kita tahu hari ini, pelbagai informasi yang tidak tepat, informasi yang diselewengkan yang menyebabkan rakyat terkeliru.
"Jadi, sebab itulah bagi saya penting media arus perdana seperti TV3 dan media cetak yang ada pada hari ini memberikan informasi sebenar, tidak mengelirukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 07 2022

Menyifatkan peranan media arus perdana amat penting dalam menyebar maklumat sebenar, Ismail Sabri berharap agar orang ramai tidak hanya bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan maklumat. --fotoBERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.