KUALA LUMPUR:Kerajaan digesa memperincikan garis panduan dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) terhadap pemilik restoran susulan kebenaran makan di premis makanan bermula hari ini.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospitality Asia (HAPA), Jennifer Ong berkata, langkah itu penting bagi mengelak berlaku kekeliruan dalam menentukan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan pengusaha premis sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Jennifer, pengusaha restoran perlu diberi penerangan dengan lebih jelas mengenai garis panduan berkenaan dalam usaha memastikan perniagaan mereka dapat beroperasi semula dan pada masa sama mengekang penularan jangkitan COVID-19.
"Saya menggesa pihak berkuasa dan kerajaan untuk memperincikan garis panduan yang ditetapkan agar semua kategori restoran seperti restoran Cina, Barat, India, Melayu dan Mamak sebenarnya tahu apa yang mereka perlu lakukan bagi memastikan perniagaan mereka dapat beroperasi, pada masa sama, keselamatan pelanggan terjaga .
"Jadi semua rakyat Malaysia juga perlu mematuhi garis panduan dan tahu bahawa jika berkumpul, mereka perlu menjaga jarak fizikal dan sosial," katanya kepada Astro AWANI melalui Skype pada Rabu.
Malah penjelasan itu juga penting dalam keadaan negara menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.
BACA: PKP 2.0: Boleh makan di restoran mulai 10 Feb - Ismail Sabri
BACA: Tarian singa, perarakan tanglung sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan
Sementara itu, turut senada, Malaysia Food and Beverage Executives Association mencadangkan kerajaan mengadakan sesi dialog dengan persatuan pengusaha restoran susulan kebenaran makan di premis perniagaan bermula hari ini.
Presidennya, Muhammad Hisham Tan Abdullah berkata, langkah itu bagi mendengar pandangan pengusaha pelbagai kategori restoran yang mempunyai keperluan SOP yang berbeza-beza.
"Saya ingin tekankan bahawa sudah tiba masanya kerajaan mengadakan sesi dialog dengan kesemua persatuan pengusaha restoran ini dan mendapatkan penjelasan daripada mereka kerana restoran India Muslim, Cina, India, dan Melayu kesemuanya mahukan SOP mereka sendiri," katanya.
Malah, Malaysia Food and Beverage Executives Association sedia membantu kerajaan melancarkan proses menyalurkan cadangan SOP yang lebih baik dan berkesan untuk pengusaha dan pelanggan.
"Jadi terpulang kepada menteri yang bertanggungjawab untuk melakukan sesi dialog ini dan kemudian mungkin Malaysia Food and Beverage Executives Association boleh mainkan peranan untuk membantu meneliti semua cadangan SOP yang diserahkan daripada pemain industri terlibat.
"Jadi kami berharap perkara ini dapat dilaksanakan dengan SOP baharu, jadi semua orang akan gembira dengan langkah itu," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Wed Feb 10 2021

Malaysia Food and Beverage Executives Association sedia membantu kerajaan melancarkan proses menyalurkan cadangan SOP yang lebih baik dan berkesan untuk pengusaha dan pelanggan. - Foto Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Astro penyiar rasmi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025
Astro diumumkan selaku penyiar rasmi bagi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025 yang akan membuka tirainya di Velodrom Nasional Nilai pada 21 hingga 27 Februari depan.

GV11: Pentas akhir terbesar gabung artis legenda Malaysia, Singapura dan Indonesia
Malam kemuncak Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang akan berlangsung malam ini bakal menjadi pentas persembahan yang penuh gilang-gemilang.

Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.

Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian Aattam anjuran Indian Customer Business, Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh Sabtu lalu.

Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.

Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.

Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal
Lebih 30,000 pengunjung memeriahkan sambutan ambang Tahun Baharu 2025 melalui Konsert Countdown MeleTOP 2025 anjuran Astro di IOI City Mall, Putrajaya.