ASTRO diumumkan selaku penyiar rasmi bagi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025 yang akan membuka tirainya di Velodrom Nasional Nilai pada 21 hingga 27 Februari depan.


Ringkasan AI
  • Astro diumumkan sebagai penyiar rasmi bagi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025 yang akan berlangsung di Velodrom Nasional Nilai dari 21 hingga 27 Februari.
  • Ini adalah kali pertama dalam sejarah Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) bahawa kejohanan berbasikal trek di Asia akan disiarkan secara langsung di negara lain melalui kerjasama dengan Astro.
  • Astro komited untuk memberikan liputan meluas dan berkualiti tinggi mengenai kejohanan ini, termasuk siaran langsung, liputan eksklusif, dan cerita di sebalik tabir, dengan lebih daripada 50 negara mendapat akses melalui Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU).


Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC), Datuk Amarjit Singh Gill, optimis dengan kepakaran yang dimiliki pihak Astro dalam menyampaikan liputan secara meluas kepada peminat sukan berbasikal trek di seluruh negara.

Untuk rekod, jalinan kerjasama untuk tontotan acara berbasikal trek di Asia itu turut merupakan kali pertama dalam sejarah ACC.

"Kami ingin mengumumkan penyiar rasmi kami iaitu Astro yang akan menjalankan peranan penting dalam menyampaikan liputan secara meluas mengenai kejohanan ini.

"Astro mempunyai reputas tinggi dalam menyampaikan liputan sukan yang berkualiti tinggi dan kami mempunyai keyakinan dengan kepakaran mereka.

"Melalui jalinan kerjasama ini, penyokong akan mempunyai akses untuk mendapatkan liputan daripada pelbagai platform termasuk siaran langsung, liputan, eksklusif, cerita di sebalik tadbir untuk memberikan pengalaman yang menarik.

"Kami turut akan memastikan lebih daripada 50 negara akan mendapat suapan daripada Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU) dan ini merupakan permulaan dalam memperomosikan sukan berbasikal di Asia.

"Sebagai Presiden ACC, saya komited untuk memastikan sukan ini mendapat liputas meluas di semua benua.

"Ini merupakan pertama kali dalam sejarah ACC, kami mempunyai siaran langsung dalam acara berbasikal trek di benua Asia ditayangkan di negara lain."katanya ketika Majlis Pengumuman Penyiaran Rasmi, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, komited dalam memberikan liputan secara meluas perkembangan Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025 dan melihat kerjasama itu sebagai sesuatu yang positif.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Amarjit Singh Gill dilantik sebagai Presiden ACC, ia sesuatu pengiktirafan besar. Sebagai rakyat Malaysia saya berbangga.

"Terima kasih kerana memberikan peluang kepada pihak Astro sebagai penyiar rasmi dalam memberikan liputan mengenai Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025. Astro memang sentiasa komited dalam memberikan liputan menyeluruh dan secara meluas." tambahnya. -- Stadium Astro