KUALA BERANG: Kerajaan bercadang menggunakan kaedah inokulasi atau penyuntikan pada batang pokok getah bagi membolehkan aktiviti menoreh dapat diteruskan walaupun pada musim tengkujuh.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata kaedah tersebut sedang dalam tempoh percubaan di beberapa kawasan ladang getah termasuk di Melaka dan ia dijangka diperkenalkan kepada pekebun kecil dalam tempoh setahun lagi.
“Kita panggil kaedah ini sistem inokulasi seperti ‘injection’ atau cucuk dekat batang getah itu dan ada tiub masuk ke dalam bekas yang bertutup. Jadi kalau hujan, dia (pekebun kecil) tidak perlu susah hati lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Agrikomoditi #Keluarga Malaysia di Kampung Kepah di sini semalam.
Zuraida berkata kementeriannya juga sedia memberi bantuan kewangan kepada pekebun kecil untuk membeli alat bagi kaedah inokulasi tersebut yang dijangka berharga antara RM10 hingga RM20 seunit.
Beliau berkata kementeriannya juga sedang meneliti untuk menggunakan sejenis cecair kimia yang boleh diletakkan pada saluran torehan di pokok getah bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil getah.
Sementara itu, Zuraida berkata kementeriannya juga akan berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kementerian berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang menguruskan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi mencari kaedah menaikkan harga lantai getah sekerap.
Kebelakangan ini beberapa pihak menyuarakan isu tersebut, termasuk Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di dalam Dewan Rakyat yang menyarankan kerajaan mempertimbang untuk menetapkan harga lantai getah sekerap pada paras RM3.50 sekilogram sebagai langkah jangka panjang meningkatkan pendapatan pekebun kecil sektor itu.
Abdul Azeez berkata jika dilaksanakan, ia mampu meningkatkan purata pendapatan pekebun kecil getah kepada kira-kira RM2,625 sebulan berbanding kurang daripada RM1,500 sebulan ketika ini.
Mengenai Jelajah Agrikomoditi #Keluarga Malaysia itu, Zuraida berkata ia merupakan inisiatif kementeriannya untuk berkongsi maklumat dan mengambil maklum keperluan para penoreh getah.
Katanya program seumpama itu amat penting memandangkan sumbangan penoreh getah sangat penting kepada pembangunan ekonomi negara sejak sebelum merdeka dan getah kini merupakan sumber eksport keenam terbesar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
![Kerajaan cadang guna kaedah inokulasi pada pokok getah - Zuraida Kerajaan cadang guna kaedah inokulasi pada pokok getah - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61638071054_Zuraida.jpg)
Zuraida (kanan) meninjau jambatan yang menghubungkan jalan utama ke kebun getah sempena Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia 2021 di Kampung Kepah, Hulu Terengganu, 27 Nov 2021. --fotoBERNAMA
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Duta online KPKT: Zuraida dakwa Kor Ming, Fahmi tak faham isu Duta online KPKT: Zuraida dakwa Kor Ming, Fahmi tak faham isu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690100584_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Duta online KPKT: Zuraida dakwa Kor Ming, Fahmi tak faham isu
Zuraida mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tidak memahami isu berkaitan tugas hakiki penjawat awam.
![Kes saman fitnah selesai, Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution Kes saman fitnah selesai, Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939560_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Kes saman fitnah selesai, Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution
Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin selesai apabila bekas Naib Presiden PKR itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
!['Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida 'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699588929_TBSyedSaddiqjpg.jpg)
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
![Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR didengar 1 Jul 2024 Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR didengar 1 Jul 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690100584_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR didengar 1 Jul 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 1 Julai tahun depan untuk mendengar rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin.
![Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690100584_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida
Pelantikan Tun Mahathirsebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir Pas atau SG4 sewajarnya diraikan.
![Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690100584_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta
Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan berhubung kes penipuan bernilai RM4 juta dan mempunyai kaitan dengan individu yang dikenali sebagai Adam Rosly Abdullah.
![Tidak puas hati, Zuraida rayu keputusan bayar RM10 juta kepada PKR Tidak puas hati, Zuraida rayu keputusan bayar RM10 juta kepada PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689140258_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Tidak puas hati, Zuraida rayu keputusan bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar RM10 juta berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.
![Jangan dahului mahkamah, Zuraida masih boleh buat rayuan - Mohamed Azmin Jangan dahului mahkamah, Zuraida masih boleh buat rayuan - Mohamed Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666744414_AzminAli.jpg)
Jangan dahului mahkamah, Zuraida masih boleh buat rayuan - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin mengingatkan orang ramai supaya tidak mendahului atau menlangkaui kehakiman berhubung keputusan mahkamah yang memerintah Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada PKR.
![Keputusan tuntutan RM10 juta terhadap Zuraida belum muktamad - Azmin Keputusan tuntutan RM10 juta terhadap Zuraida belum muktamad - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641285889_TBAzminAli.jpg)
Keputusan tuntutan RM10 juta terhadap Zuraida belum muktamad - Azmin
Ini kerana bekas Naib Presiden PKR itu mempunyai hak di dalam Perlembagaan untuk membuat rayuan di mahkamah.
![PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar parti PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687404152_SaifuddinNasutionI.jpg)
PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar parti
Saifuddin Nasution berkata, fakta kes tersebut sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.