SHAH ALAM: Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Datuk Zuraida Kamaruddin mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tidak memahami isu berkaitan tugas hakiki penjawat awam.
Menurutnya, kelemahan jentera komunikasi dan ketiadaan mekanisme yang betul menyebabkan kementerian tersebut terpaksa mencari alternatif bagi menangani kritikan daripada masyarakat.
Ujarnya, pertambahan tugas adalah kaedah pembulian yang nyata kerana mereka terpaksa bekerja selepas waktu pejabat dan seterusnya tidak dibayar.
“Andaian saya benar apabila Kor Ming mahu penjawat awam bertindak sebagai 'cybertrooper' bagi menangani sebarang kritikan manakala Fahmi teruja mempertahankan tindakan itu dengan mengatakan tiada pertindihan unit penerangan, tetapi hakikatnya jentera penerangan kerajaan yang lemah.
“Penjawat awam sedia ada yang terbeban dengan tugas di pejabat, kini terpaksa berhadapan dengan netizen setelah pulang ke rumah atau semasa cuti mereka semata-mata untuk menjawab persoalan rakyat di media sosial.
“Mereka perlu menilai semula tindakan atau kenyataan yang bakal dilaksanakan terlebih dahulu sebelum mengumumkan sesuatu kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada 13 Jun lalu, KPKT melantik 200 Duta Online yang terdiri daripada kakitangan kementerian itu bagi menangkis fitnah dan menyampaikan maklumat sahih serta polisi kerajaan secara efektif.
Fahmi dilaporkan berkata, pasukan Duta Online yang ditubuhkan oleh KPKT tidak akan bertindih dengan jabatan-jabatan yang lain.
Mengulas lanjut, menurut Zuraida, inisiatif Duta Online KPKT mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan mendakwa ‘membuli’ penjawat awam di luar waktu bekerja serta mengganggu bidang tugas mereka.
Beliau turut mencadangkan supaya inisiatif tersebut dihapuskan dan kementerian itu perlu menerima kritikan bagi menyelesaikan masalah secara proaktif.
Ujarnya, Fahmi dan Kor Ming perlu melakukan perubahan seperti yang dijanjikan oleh parti sebelum memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tambah beliau, Kor Ming dan Fahmi perlu bertanggungjawab dalam mengendalikan kedua-dua kementerian tersebut bagi memastikan pertumbuhan serta pembangunan negara berada di landasan yang tepat.
“Jangan terlalu defensif dengan kritikan dan sekiranya ada berlaku elemen fitnah dalam kritikan rakyat, gunakan sahaja saluran perundangan yang betul.
“Gunakanlah peluang ini untuk melaksanakan reformasi yang dijanjikan oleh parti sebelum ini. Hargailah penjawat awam yang telah banyak berkorban demi pembangunan negara kita,” katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 19 2024

Ujar Zuraida pertambahan tugas adalah kaedah pembulian yang nyata kerana mereka terpaksa bekerja selepas waktu pejabat dan seterusnya tidak dibayar. - Gambar fail/Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.

Pengurangan bayaran bon Zuraida: PKR fail rayuan ke Mahkamah Persekutuan
PKR memfailkan permohonan ke Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan bayaran bon Datuk Zuraida Kamaruddin.

Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana langgar syarat bon parti
Bekas Naib Presiden PKR Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.

Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR dijadual semula 23 Sept
Pendengaran rayuan Zuraida terhadap keputusan memerintahkan beliau membayar RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon dijadualkan semula pada 23 Sept.

Duta online KPKT: Zuraida dakwa Kor Ming, Fahmi tak faham isu
Zuraida mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tidak memahami isu berkaitan tugas hakiki penjawat awam.

Kes saman fitnah selesai, Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution
Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin selesai apabila bekas Naib Presiden PKR itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.

Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR didengar 1 Jul 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 1 Julai tahun depan untuk mendengar rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin.

Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida
Pelantikan Tun Mahathirsebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir Pas atau SG4 sewajarnya diraikan.

Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta
Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan berhubung kes penipuan bernilai RM4 juta dan mempunyai kaitan dengan individu yang dikenali sebagai Adam Rosly Abdullah.