CHANGLUN: Kerajaan Perpaduan memberikan keutamaan terhadap usaha menaik taraf klinik kesihatan serta sekolah daif di negara ini dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan kesihatan negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan menumpukan usaha menyelesaikan segera isu kemudahan kesihatan dan sekolah daif di seluruh negara demi menjamin kebajikan rakyat dalam memenuhi keperluan pendidikan dan kesihatan mereka.
"Tahun ini juga, nah.. (peruntukan kerajaan) RM1.4 bilion selesaikan semua (baiki tandas, bumbung dan dinding sekolah daif) yang mana JKR (Jabatan Kerja Raya) buat, PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) buat... tetapi jangan bagi tahu saya tak boleh baiki tandas di semua sekolah di negara kita termasuk di negeri Kedah.
"Di (daerah) Kubang Pasu kalau ada sekolah tandas yang tak dibaiki, perlukan peruntukan lagi, bagi tahu pejabat daerah dan pejabat daerah boleh hubungi saya, tak cukup (peruntukan) kita tambah dan selesaikan masalah tandas di sekolah ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesranya bersama warga masyarakat daerah Kubang Pasu di tapak pembinaan Masjid Changlun baharu kira-kira 40km dari sini hari ini.
Anwar berkata di Kedah, kerajaan memperuntukkan RM10.1 juta untuk pembaikan 40 klinik kesihatan dan enam sekolah daif daripada jumlah keseluruhan peruntukan Rolling Plan (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di negeri itu.
"Di daerah Kubang Pasu, kerajaan memperuntukkan RM1.25 juta bagi kerja pembaikan empat klinik dan RM300,000 lagi peruntukan bagi pembaikan sebuah sekolah daif," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri mengulangi pendiriannya yang Kerajaan Perpaduan yakin dapat menoktahkan kemiskinan tegar dengan membantu 130,000 ketua isi rumah (KIR) keluar daripada permasalahan itu pada tahun ini.
"Saya kata noktahkan kemiskinan tegar, nak hapuskan kemiskinan ambil masa, tetapi kemiskinan tegar ini makna kata susu anak tidak ada, pakaian tidak cukup, nak hantar anak pergi sekolah tidak ada duit, suruh anak berhenti (sekolah) sebab tak cukup makan.
"...noktahkan kemiskinan tegar 130,000 keluarga...sebab itu bila saya di Parlimen ada orang bantah, 'mana boleh buat, cakap saja', tak apa saya kata Insya-Allah, sebelum akhir tahun ini 130,000 ini mesti kita bantu dengan segala jentera yang ada," katanya.
Anwar berkata di daerah Kubang Pasu terdapat sejumlah 1,589 KIR yang berada dalam kategori miskin tegar dan beliau telah meminta agensi Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bertindak menyelesaikan isu itu.
"(Selain itu), untuk (projek) bekalan air luar bandar di daerah Kubang Pasu, peruntukan kerajaan RM28 juta diluluskan untuk manfaat penduduk," katanya.
Mengenai pembinaan Masjid Changlun yang baharu itu, Perdana Menteri berkata projek itu pada asalnya diluluskan pada 2017 dengan jumlah peruntukan RM3.5 juta, namun pelaksanaan projek mengalami kelewatan kemajuan fizikal atas beberapa faktor sehingga perlu dibuat penamatan kontrak.
Anwar berkata atas dasar tanggungjawab dan keprihatinan Kerajaan Persekutuan, beliau mendapati masjid itu perlu disiapkan dengan segera bagi memberi manfaat kepada kariah setempat.
April lepas, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju meneruskan projek pembinaan masjid itu dengan peruntukan tambahan RM3.07 juta yang menjadikan keseluruhan kos pembinaan Masjid Changlun berjumlah RM5.77 juta.
Pada majlis ramah mesra itu, Anwar juga menyerahkan replika cek peruntukan tambahan RM3.07 juta untuk projek pembinaan Masjid Changlun yang baharu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Ramah Mesra bersama Masyarakat Daerah Kubang Pasu di Tapak Projek Pembinaan Masjid Changlun baharu di sini hari ini. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kabinet setuju SOSMA diteliti, disemak semula - Fahmi
Mesyuarat Kabinet bersetuju supaya agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diteliti dan disemak.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan juga berpeluang terus mengekalkan kemenangan jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diberi keutamaan.

‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.

Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.

Belanjawan 2025: Sabah terima peruntukan pembangunan terbesar, bukti gabungan BN-PH tepat
Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga berjaya memberi anugerah kepada semua projek Pan Borneo untuk dimulakan di Sabah.

PETRA anjur sesi libat urus pertama bersama media, fahami peranan
Fadillah berkata sesi bersama pengurusan tertinggi dan pegawai PETRA adalah julung kali dianjurkan sejak kementerian itu diwujudkan.