KUALA LUMPUR: Kenyataan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) berhubung pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] tidak berpelembagaan dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, adalah mengelirukan serta boleh menimbulkan suasana tidak harmoni dalam negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan hari ini, menasihatkan semua pihak untuk menjunjung tinggi titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 29 Dis tahun lepas, supaya rakyat khususnya mereka yang bukan beragama Islam, menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia.
"Semua pihak digesa untuk tidak memberikan sebarang kenyataan yang bersifat spekulatif dan pre-emptive, berhubung dengan cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 ini, tatkala ia masih belum dibentangkan di Parlimen.
"Setelah ia dibentangkan, kesemua Ahli Parlimen akan diberikan ruang yang secukupnya bagi membahaskan berkenaan pindaan ini," katanya.
Mohd Na'im juga berkata semua pihak perlu merujuk kepada Fasal (2) Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan, yang dibaca bersama dengan butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan, yang mana selaras dengan peruntukan tersebut Mahkamah Syariah telah ditubuhkan melalui Akta/Enakmen/Ordinan di negeri-negeri.
Beliau berkata bagi maksud menangani kesalahan di bawah hukum syarak, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang beragama Islam dan hanya berkenaan dengan semua perkara yang termasuk dalam butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan setakat yang diberikan oleh undang-undang Persekutuan, sebagaimana yang dinyatakan dalam butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Selaras dengan peruntukan itu, Mohd Na'im berkata Parlimen telah membuat Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang memberikan bidang kuasa jenayah kepada Mahkamah Syariah.
Beliau berkata berdasarkan butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan, terdapat antara dua perkara utama yang digariskan.
Pertama, kuasa badan perundangan negeri untuk menggubal undang-undang bagi mewujudkan kesalahan dan hukuman, bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang yang beragama Islam terhadap perintah agama Islam, kecuali berkenaan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan.
Kedua, bidang kuasa mengenai hukuman bagi kesalahan yang diperuntukkan dalam undang-undang negeri hendaklah dalam had yang diberikan oleh undang-undang Persekutuan.
"Ini bermakna, Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada badan perundangan negeri untuk menggubal undang-undang di negeri-negeri, bagi mewujudkan kesalahan dan hukuman bagi kesalahan oleh orang yang beragama Islam terhadap perintah agama Islam, kecuali berkenaan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan.
"Walaupun kesalahan jenayah syariah diperbuat oleh Badan Perundangan Negeri, perlu difahami bahawa hukuman bagi kesalahan yang diperuntukkan dalam undang-undang negeri hendaklah dalam had yang diberikan oleh undang-undang Persekutuan iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965," katanya.
Mohd Na'im berkata cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, tidak boleh ditafsirkan sebagai membenarkan badan perundangan negeri untuk mewujudkan kesalahan dan hukuman berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata ini kerana, badan perundangan negeri hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa perundangan yang diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 74 dan butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan.
"Apa jua cadangan pindaan yang dibuat kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 tidak akan mengubah kuasa perundangan yang telah pun diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada badan perundangan negeri," katanya.
Dalam masa sama, Mohd Na'im berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) komited untuk memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah dan undang-undang Syariah di negara ini berdasarkan kerangka Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024

Mohd Na'im berkata Parlimen telah membuat Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang memberikan bidang kuasa jenayah kepada Mahkamah Syariah. - Gambar fail/Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bakal kembali bergelar duda, Along selesai urusan pengesahan lafaz taklik
Along Cham atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, memaklumkan, dia sudah menyelesaikan urusan berkaitan mahkamah syariah.

Kaji klausa dalam enakmen yang tidak relevan, kurang sesuai - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Shah bertitah, undang-undang yang digubal hendaklah bersifat dinamik dan bertenaga agar kekal relevan.

Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.

Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Hampir 90 peratus kes sulh berjaya diselesaikan pada 2023 - Mohd Na'im
Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.

Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah ditubuhkan - Anwar
Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perlu cari penyelesaian isu tempoh perbicaraan di Mahkamah Syariah
Mohd Na'im berkata ia susulan kebimbangan berlakunya kezaliman antara pihak-pihak terlibat akibat tempoh menunggu yang lama bagi sesuatu kes.

85 peratus kes sulh antara 2019 hingga 2022 berjaya diselesaikan
Sebanyak 32,718 kes atau 85 peratus daripada 38,683 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara sejak 2019 hingga 2022, berjaya diselesaikan secara damai melalui prosiding sulh.

Maria Chin dapat kebenaran cabar prosiding komital Mahkamah Syariah
Hakim juga juga membenarkan permohonan Maria untuk mendapatkan perintah penangguhan prosiding komital di Mahkamah Syariah.

Isu murtad: Bukan bidang kuasa mahkamah sivil - Hakim
Hakim berkata mahkamah syariah tidak salah dan tidak bertindak ultra virus dalam memutuskan permohonan wanita itu.