Pergerakan Pemuda UMNO dilihat hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat dengan merungkai misteri yang perlu diketahui rakyat ini selepas enam tahun berdiam diri mengenai isu liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata, tidak timbul isu 'senjata makan tuan' di dalam sesi penerangan ini kerana kes sudah selesai dan Anwar sendiri sudah masuk penjara.
"Pemuda UMNO mengambil tanggungjawab memberitahu rakyat mengenai perkara sebenar yang berlaku. Dengan kerelaan pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, apa masalah kepada pembangkang jika Pemuda tawarkan pentas mereka sehingga menghentam sesi penerangan ini?
"Apakah salah memberitahu kepada rakyat tentang duduk perkara sebenar selepas semuanya selesai? Kenapa tidak ada yang mempertikaikan enam tahun pembangkang tidak menghormati sistem kehakiman dan mencanang di seluruh negara mengenai kes yang masih dibicarakan?" katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mas Ermieyati mengulas laporan penganalisis di sebuah portal yang menyifatkan jelajah Pemuda UMNO mengenai keputusan mahkamah kes Liwat II tidak akan mengubah pendapat rakyat, sebaliknya berisiko menyebabkan orang awam berpaling daripada parti itu pada saat rakyat Malaysia mahu melupakan keseluruhan kisah panjang itu.
Portal itu bagaimanapun berkata, beberapa penganalisis turut mengakui faham mengapa UMNO berasa perlu melakukannya, namun sesetengah yang lain berkata, langkah itu boleh mengakibatkan kesan sebaliknya.
Dalam pada itu kata Mas Ermieyati, dakwaan sesetengah pihak mengenai Shafee menggunakan pentas UMNO disifatkan terlalu dangkal malah tidak masuk akal sama sekali.
"Apabila Pemuda tawarkan pentas mereka kepada Shafee, ia merupakan satu peluang kepada rakyat untuk mendengar sendiri fakta yang berlaku sepanjang kes itu berlangsung.
"Tidak ada apa-apa masalah kerana Shafee bercerita kembali dan kes itu sudah sampai ke noktahnya. Jika pembangkang berani, mengapa tidak jemput juga Shafee di atas pentas mereka biar hadirin mereka mendengar kisah sebenar semasa di mahkamah...pasti mereka tidak berani.
"Tidak timbul isu mengubah atau tidak pendapat orang ramai mengenai Anwar, jelajah itu menjelaskan fakta kepada rakyat dan bukan cakap-cakap kosong," jelasnya.
Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin terdesak apabila menggunakan khidmat Shafee untuk mendapatkan kepercayaan rakyat di dalam siri jelajah isu itu ke seluruh negara.
Kata Nik Nazmi,kesediaan Shafee untuk bersama program tersebut bukan sahaja merupakan satu tindakan yang tidak wajar, malah merendahkan martabat sistem kehakiman dan Jabatan Peguam Negara.
Wan Syamsul Amly
Fri Feb 20 2015
MAS ERMIEYATI: Apa masalah kepada pembangkang jika Pemuda tawarkan pentas mereka sehingga menghentam sesi penerangan ini?
Pendekatan global diperlukan dalam penggubalan dasar - Rafizi
Malaysia akan mengambil pendekatan global dalam penggubalan dasar untuk kekal relevan dalam menghadapi perubahan dinamik global.
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pendekatan itu bakal diperlihatkan menerusi pelancaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pendekatan itu bakal diperlihatkan menerusi pelancaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Nampak imigresen, PATI lari lintang-pukang
Suasana sunyi kawasan pembinaan di Seksyen U12, Shah Alam yang menjadi tempat tinggal pendatang asing tanpa izin (PATI) dikejutkan dengan serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pada Khamis.
[TERKINI] Kriteria kelayakan, mekanisme pelaksanaan RON95 akan diumum seawal mungkin
Kriteria kelayakan dan mekanisme pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 akan diumumkan seawal mungkin kepada rakyat.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun pengumuman itu hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan anggota kabinet diadakan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun pengumuman itu hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan anggota kabinet diadakan.
Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala.
Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil tertinggi sebanyak RM65.67 bilion pada 2024.
AWANI Ringkas: Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan ambil pendekatan global dalam RMK13 - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafzi Ramli.
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.
PM Jepun Ishiba adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Khamis.
Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala.
PM Jepun Ishiba adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Khamis.
Malaysia akan fokuskan kepimpinan ekonomi berasaskan nilai - PM
Langkah itu mencerminkan komitmen Malaysia sebagai peneraju kepimpinan ekonomi berasaskan nilai.
ASEAN perlu berupaya pacu pertumbuhan ekonomi global - PM
Tegas Anwar, ASEAN tidak lagi boleh sekadar menjadi pemerhati, tetapi perlu menjadi peneraju dalam membentuk hala tuju ekonomi serantau.
Malaysia, Indonesia komited angkat kekuatan ekonomi kedua negara - PM
Kerjasama sektor digital yang menjadi teras transformasi ekonomi masa depan adalah antara isu yang akan dibincangkan.
Prabowo adakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia
Lawatan ini juga diharap dapat memperkukuh lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara.
Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia - Presiden MiTDA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Gempa bumi Tibet: PM Anwar ucap takziah, turut bersolidariti bersama China
Anwar Ibrahim berkata Malaysia berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat China dalam menghadapi bencana tragis ini.
Malaysia, Singapura akan saling bantu bina hubungan dengan negara luar
Malaysia dan Singapura akan terus membantu antara satu sama lain membina hubungan lebih baik dengan negara luar.
PM Singapura berlepas pulang
Wong diberikan upacara pelepasan permaidani merah dan kawalan kehormatan setempat oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.