Kementerian Pendidikan disaran menyediakan buku garis panduan lengkap yang mengandungi maklumat terperinci berkaitan ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi membolehkan ibu bapa serta pelajar lebih memahami pelaksanaan peperiksaan itu.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata antara kandungan yang perlu dinyatakan dalam buku berkenaan ialah mengenai kaedah penilaian dan pentaksiran PT3 dilaksanakan.
"Penerangan jelas bagaimana guru membuat pemarkahan perlu dimaklumkan kepada ibu bapa dan pelajar dan ia termasuklah ciri-ciri jawapan yang diambil kira," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berpendapat penerangan itu selain dapat memberi kefahaman, ia juga dapat mengelak timbulnya anggapan sama ada guru berat sebelah atau bias dalam memberi pemarkahan.
Mohamad Ali berkata buku itu juga perlu menyatakan dengan jelas mengenai tempoh atau jangka masa penilaian terhadap pelajar agar ibu bapa dapat membuat persediaan.
Beberapa contoh soalan dan jawapan turut disaran dimuatkan dalam buku garis panduan berkenaan yang serba sedikit boleh membantu ibu bapa dan pelajar memahami kehendak sebenar PT3.
Menurutnya, ibu bapa juga perlu dimaklumkan bagaimana keputusan peperiksaan itu digunakan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan bagaimana ia diambil kira bagi menentukan kerjaya pelajar.
"Masih ramai ibu bapa tidak faham mengenai perbezaan PT3 dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan ia perlu diterangkan kerana ibu bapa selama ini sudah terbiasa dengan pendekatan orientasi peperiksaan," katanya.
Selain itu, mungkin juga boleh dimasukkan bentuk sokongan yang boleh diberi ibu bapa dan penjaga dalam membantu memastikan bukan sahaja pelajar malah guru bersedia dengan PT3, ujar beliau.
PT3 yang dilaksanakan buat pertama kalinya tahun lepas menyaksikan sebanyak 453,4123 calon menduduki peperiksaan di 2,608 pusat peperiksaan seluruh negara.
Peperiksaan itu bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai satu usaha kerajaan memansuhkan sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan.
PT3 ditaksir melalui empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan PT3. Format soalan PT3 adalah berbentuk subjektif atau respon terbuka.
Mohamad Ali berkata kementerian juga perlu tegas memastikan guru-guru diberi latihan dan dilengkapi pemahaman secukupnya.
Selain itu, guru-guru perlu diberi penilaian secara berkala dan pemeriksaan secara adhoc ke setiap sekolah bagi mengetahui tahap kesediaan serta keupayaan setiap guru, katanya.
"Kita tidak mahu ibu bapa terus merungut kerana mendapati tenaga pengajar belum bersedia sepenuhnya. Semua kelemahan perlu diatasi segera bagi memastikan PT3 tahun ini dapat dilaksanakan dengan 'zero defect' (kesilapan sifar)," katanya.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof. Madya Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar berkata PT3 mampu melahirkan pelajar yang mahir berfikir, bukan sekadar menghafal jawapan.
"Kelemahan pada peringkat awal pasti ada dan sudah tentu kementerian akan berusaha mengatasi perkara itu namun ia juga menuntut perubahan sikap ibu bapa serta pelajar," katanya.
Junaidi berkata PT3 membantu menyediakan anak-anak mereka berdepan suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi kerana pelajar akan dididik untuk berfikir di luar kotak serta tahu cara menggunakan sumber-
sumber lain untuk mendapatkan ilmu.
"Ibu bapa usah gusar, garis panduan telah disediakan dan guru-guru sudah diberikan penerangan serta latihan...jangan jadikan kekurangan sebelum ini untuk menafikan kelebihan yang bakal dinikmati pada masa hadapan," katanya.
Bernama
Mon Jan 26 2015
Penerangan itu dapat memberi kefahaman, ia juga dapat mengelak timbulnya anggapan sama ada guru berat sebelah atau bias dalam memberi pemarkahan. - Gambar Fail
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Op Global: Ibu bapa perlu buktikan pertalian darah bagi tuntut anak-anak - Nancy
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang sedang dalam perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) susulan Op Global perlu mengemukakan bukti pertalian darah bagi menuntut anak-anak mereka.
[KOLUMNIS] Kegagalan murid Tahun 1 kuasai 3M: Punca kuasa yang bermula dari rumah
Penguasaan 3M adalah isu paling utama yang perlu diberikan perhatian sebelum anak melangkah ke Tahun Satu.
Ibu bapa wajib beri pendidikan rendah, gagal boleh dihukum - SUHAKAM
Ibu bapa yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996.
Lelaki didakwa bunuh tiga ahli keluarga, mengaku cederakan anak saudara
Azman Mohamed Nor hanya menunduk faham dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.
Suspek kes bunuh di Pagoh dipercayai lari ke daerah berhampiran
Suspek utama kes bunuh tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini Jumaat lepas, kini diburu polis dan dipercayai melarikan diri dengan menunggang motosikal jenis Honda Wave berwarna merah.
Budak 12 tahun pandu kereta: Polis siasat bawah Akta Kanak-Kanak
Siasatan kes kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang memandu kereta dengan membawa dua adiknya di kawasan Taman Putra Impiana di Puchong turut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak.
Polis kenal pasti keluarga remaja 14 tahun pandu kereta bawa dua adik
Mohd Yusri berkata ibu bapa remaja terbabit akan dipanggil untuk siasatan serta tindakan lanjut.
Sebutan semula kes ibu bapa Zayn Rayyan pada 18 September
Hakim Syahliza Warnoh menetapkan tarikh itu bagi serahan laporan bedah siasat dan rakaman litar kamera tertutup (CCTV).
Prosiding pertama sebutan kes Zayn Rayyan hari ini
Ibu bapa Zayn Rayyan dijangka hadir untuk prosiding hari pertama sebutan semula kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu.
Ibu bapa kanak-kanak istimewa diminta tampil, jangan malu bertemu JKM jika bermasalah
Ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa, terutamanya autisme, diminta tidak bersendirian sekiranya mempunyai masalah.