BATU PAHAT: Ibu bapa kepada kanak-kanak istimewa yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) diminta tampil dan jangan malu untuk bertemu serta berkongsi masalah yang dihadapi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad berkata pihaknya mengharapkan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa ini, terutamanya autisme, tidak bersendirian sekiranya mempunyai masalah.
Beliau berkata masalah yang dihadapi perlu segera dikongsikan dengan memaklumkan kepada pihak JKM, dan badan kebajikan ini mempunyai kaunselor khusus untuk membantu agar masalah yang terbeban dapat diringankan.
"Sekiranya mereka ini dari segi kewangan mengalami kekurangan, insya-Allah JKM akan meneliti dan kemudian bantuan yang bersesuaian dengan semua permasalahan penjagaan anak-anak autisme dibantu...kita tidak mahu wujud penderaan kepada mereka berpunca daripada tekanan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak, Didik Kanak-Kanak, Dapatkan Bantuan Segera Sekiranya Memerlukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Onn di sini hari ini.
Berkenaan program advokasi yang diadakan, Noraini berkata ia bertujuan menangani isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan kanak-kanak khususnya berkaitan penderaan dan pengabaian yang semakin meningkat.
Beliau berkata pada tahun 2022, 6,770 kes kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan direkodkan, manakala pada tahun 2023 pula 7,532 kes direkodkan.
"Bagi tahun ini (2024) sehingga bulan Mac, 2,277 kes telah dilaporkan dan kita bimbang kes semakin meningkat serta dalam masa yang sama dapat liputan luas oleh media sosial terutamanya. Sbab itulah kita adakan program advokasi ini di sekolah-sekolah dengan sasaran 300 sekolah akan kita laksanakannya sehingga hujung tahun ini," katanya.
Noraini berkata antara pengisian program berkenaan adalah tindakan atau kaedah yang boleh dilakukan sekiranya berlaku kes yang membabitkan kanak-kanak memerlukan perlindungan dan pemeliharaan.
Selain melibatkan Kementarian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, program advokasi itu turut disertai Kementerian Pendidikan, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024

Noraini berkata, pihaknya mengharapkan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak istimewa ini, terutamanya autisme, tidak bersendirian sekiranya mempunyai masalah. - Gambar fail

Pemaparan harga ubat bukan bertujuan kawal harga, beri akses maklumat kepada pengguna - Armizan
Perintah pemaparan harga ubat di klinik dan hospital swasta berkuat kuasa 1 Mei depan bukan bertujuan mengawal harga ubat.

Sultan Pahang cadang Desa Kayangan di Brinchang jadi tarikan pelancong
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya Kampung Desa Kayangan di Brinchang di sini dijadikan Kampung Melayu yang menjadi tarikan pelancong.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi Jumaat. #AWANInews
Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

SUKMA 2026: Status pickleball bergantung undian negeri - Hannah
Status pickleball sebagai satu daripada acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 belum diputuskan dan masih bergantung kepada undian negeri-negeri yang terlibat.

Ops Campur periksa 308 premis, Akta Padi dan Beras diperhalusi - Armizan
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Zayn Rayyan hanya mampu sebut 30 perkataan - Pakar pediatrik
Zayn Rayyan hanya mampu sebut 30 perkataan - Pakar pediatrik

Lelaki didakwa bunuh anak asuhan isteri
Seorang penghantar barang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang merupakan anak asuhan isterinya, Isnin lalu.

Permohonan ibu, bapa Zayn Rayyan untuk dilepas, bebas ditolak
Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menolak permohonan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin bagi membatalkan pertuduhan mengabai kanak-kanak autistik itu.

Polis siasat ibu ayah Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai.

Kes Zulfarhan: 'Saya tertanya-tanya siapa tekap anak saya dengan seterika' - Ibu
Ibu kepada Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain meluahkan mereka sekeluarga telah menderita selama lapan tahun.

Ibu Zayn Rayyan jerit "ini salah mommy" - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin menjerit, "Zayn, ini salah mommy".

Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi
Saksi berkata dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas solat hajat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.

Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.

Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Feb ini bagi mendengar hujahan berhubung notis usul difailkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan.

Ibu bapa menangis gambar bedah siasat Zayn Rayyan dikemukakan
Perbicaraan hari pertama kes mengabai Zayn Rayyan Abdul Matin menyaksikan ibu bapa kanak-kanak autistik itu menangis di Mahkamah Sesyen.