BATU GAJAH: Kemasukan seramai 500,000 pekerja warga asing ke Malaysia yang dirancang pada tahun ini, tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata ini kerana, mereka yang dibawa dari 15 negara sumber dalam benua Asia itu, berdasarkan permintaan ditempatkan di sektor-sektor yang tidak diminati oleh warga tempatan, antaranya dalam sektor perladangan, pertanian dan pembinaan.
"Kita mendapati amat sukar mendapatkan pekerja tempatan untuk bekerja di sektor-sektor ini.
"Kebergantungan kita pada pekerja asing dalam sektor ini amat tinggi, apabila tidak dapat 'bekalan' penawaran secukupnya akan mengganggu operasi sektor-sektor ini secara optimal dan mengakibatkan kerugian besar kepada agensi," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penyalaan tanglung di Pusing di sini malam tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah berkata masalah kekurangan pekerja perlu diselesaikan segera, kerana dibimbangi mengakibatkan ekonomi tidak dapat berkembang dengan baik, lebih-lebih lagi lebih 700,000 pekerja warga asing telah pulang ke negara masing-masing ketika pandemik COVID-19.
Beliau berkata hasil perbincangan pihaknya dan Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini telah mencapai kata sepakat, bagi mempermudah dan mempercepatkan proses permohonan pengambilan pekerja warga asing yang kini hanya mengambil masa selama tiga hari.
"Banyak perniagaan akan ditutup sekiranya tidak mempunyai pekerja yang mencukupi jadi sebelum keadaan menjadi parah, kita bekalkan tenaga kerja untuk operasi sektor-sektor yang memerlukan.
"Kerajaan akan mengambil langkah dalam usaha untuk mengurangkan kesan kegawatan ekonomi yang dijangka melanda seluruh dunia," katanya.
Pada Oktober lepas Ahli Majlis Pemulihan Negara Datuk Michael Kang dilaporkan berkata Malaysia memerlukan seramai 500,000 pekerja asing, bagi menangani masalah kekurangan tenaga kerja untuk perusahaan mikro, kecil, dan sederhana dalam menyokong proses pemulihan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2023
Sivakumar (tengah) melambaikan tangan kepada orang ramai ketika hadir pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina ini di Persiaran Medan Pusing, Batu Gajah, malam tadi. --fotoBERNAMA
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
63 sekolah persendirian Cina terima lebih RM20 juta
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan lebih RM20 juta untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara pada tahun ini.
Mayat kanak-kanak autistik ditemui dalam sungai
Jasad seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun yang dikhuatiri hilang ditemui lemas di Sungai Kedah.
Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis telah mendapat kebenaran untuk menyambung reman seorang pengurus akaun badan berkanun kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan wang untuk kegunaan peribadi bernilai kira-kira RM600,000.
Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.
AWANI Ringkas: Bantu negara jadi hebat- PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendatang warga Bangladesh ditahan di sempadan Malaysia-Thailand
Lelaki itu ditahan setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok.
Kejayaan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha
Atlet berusia 28 tahun itu sangat gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.
Limpahan air Sungai Johor memburukkan situasi
Air Sungai Johor di tengah Kota Tinggi berpotensi melimpah, sekiranya hujan berterusan dan air pasang besar terjadi dalam waktu sama.
Kerajaan setuju perluas skim keilatan kepada pekerja warga asing
Kerajaan bersetuju memperluaskan skim keilatan kepada pekerja warga asing yang bekerja di negara ini, bagi memastikan kebajikan golongan itu turut dilindungi.
Kemasukan 500,000 pekerja warga asing bagi sektor tidak diminati warga tempatan
Mereka yang dibawa dari 15 negara sumber itu, berdasarkan permintaan ditempatkan di sektor-sektor yang tidak diminati oleh warga tempatan.
Tiada kelulusan khas diberi bagi kuota pengambilan pekerja asing
Tiada pengambilan pekerja warga asing yang boleh diperoleh menerusi surat sokongan mana-mana pihak termasuk menteri bagi mendapatkan kelulusan khas kuota seperti yang tular di media sosial semalam.
11 warga asing ditahan berhubung insiden bergaduh depan kilang
Penahanan dibuat bagi membantu siasatan melibatkan insiden pergaduhan berkumpulan yang mendatangkan kecederaan pada 27 Julai lalu.
61 pekerja kilang di Senawang disahkan positif COVID-19
61 orang pekerja sebuah kilang di kawasan Perindustrian Tuanku Jafaar Senawang, disahkan positif COVID-19 selepas saringan dilakukan terhadap mereka pada 3 Februari lalu.
COVID-19: Pekerja di zon merah digalakkan jalani swab test, elak wujud kluster baharu - Menteri
Pekerja yang bekerja di zon merah digalakkan untuk menjalani ujian calitan atau swab test COVID-19.
COVID-19: 632 kes baharu di Singapura, jumlah keseluruhan lebih 19,000
Sebilangan besar kes tersebut melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama dan hanya sembilan kes warga Singapura atau penduduk tetap.
COVID-19: Singapura catat 942 kes baharu, jumlah terkini 5,992
Singapura mencatat lonjakan tinggi jangkitan COVID-19 pada Sabtu apabila 942 kes positif baharu dikesan di negara itu.
Industri '3D': Tenaga tempatan perlu diberi latihan, gaji setimpal - MTUC
Setiausaha Agung MTUC N. Gopal Kishnam berkata, langkah itu wajar demi memastikan warga tempatan dapat mengisi permintaan peluang pekerjaan sektor berkaitan.