PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memperluaskan skim keilatan kepada pekerja warga asing yang bekerja di negara ini, bagi memastikan kebajikan golongan itu turut dilindungi, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa bersama mengenai pengurusan pekerja asing yang dipengerusikannya bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, di sini hari ini.
Dalam sidang media bersama Saifuddin Nasution selepas mesyuarat tersebut, beliau berkata perluasan skim keilatan itu, selaras menerusi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
"Buat masa ini memang pekerja tempatan di bawah Akta 4 ada skim bencana kerja dan juga skim keilatan, tetapi untuk pekerja asing hanya ada skim bencana pekerja.
"Maka mesyuarat hari ini setuju perluaskan perlindungan keselamatan sosial skim keilatan kepada pekerja asing di negara ini. Perlindungan di bawah skim ini, bersifat 24 jam meliputi keilatan atau kematian atas sebarang sebab," katanya.
Skim Keilatan memberi perlindungan kepada pekerja daripada keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Sim berkata skim keilatan yang bakal diperluaskan kepada warga asing itu, mempunyai pelbagai faedah antaranya bantuan ilat, pencen penakat dan faedah pengurusan mayat.
"Dengan adanya skim keilatan ditawarkan kepada pekerja asing di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), mereka dapat RM4,500 untuk bantuan penghantaran pulang jenazah," katanya.
Beliau berkata pengenalan skim tersebut, dijangka memberi penjimatan melebihi RM25.38 juta setahun kepada PERKESO yang sebelum ini membantu menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR).
"PERKESO laksana CSR untuk (penghantaran jenazah) dan ini wang PERKESO sendiri... ini antara manfaat besar skim keilatan," katanya.
Sementara itu, Sim berkata Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berhasrat menubuhkan unit pengaduan bagi pekerja asing, serta merangka prosedur operasi standard (SOP) untuk golongan itu.
"Ini merupakan sebahgian pembaharuan reformasi Jabatan Tenaga Kerja... satu unit atau SOP khsusus untuk kendali aduan pekerja asing.
"Antara sebabnya (SOP diwujudnya) kerana kita tahu keadaan pekerja asing tidak sama pekerja tempatan. Kita tahu ada situasi khusus berlaku dengan pekerja asing, jadi SOP khas akan diwujudkan," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pengenalan mekanisme levi pelbagai peringkat (MTLM) dijangka dilaksanakan pada Januari tahun depan, kerana terdapat beberapa perkara perlu diperinci sebelum pelaksanaannya.
"KESUMA, Kementerian Ekonomi bersama rakan kementerian berkaitan tengah kaji (MTLM), meliputi nilai ambang dan formula kepada levi pelbagai peringkat sebelum bentang kepada Jemaah Menteri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua, kiri) bersama Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong (dua, kanan) ketika sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali ke-11, hari ini. - Foto BERNAMA

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

KSM sedang perinci cadangan perluas Skim Keilatan pekerja asing - Sivakumar
KSM sedang memperincikan cadangan memperluas Skim Keilatan kepada pekerja asing di negara ini sebelum dikuatkuasakan dalam masa terdekat.

Perkeso naikkan kadar pencen
Perkeso akan membayar pelarasan tunggakan pencen mulai 26 Dis ini dengan peruntukan sebanyak RM72.62 juta manakala penyelarasan bagi tahun hadapan ialah sebanyak RM238 juta.