KULAI: Polis menahan 11 lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan menggunakan senjata berhampiran sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Senai Fasa 3, di sini, pada 27 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yow berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada warga Pakistan dan Indonesia, berumur antara 22 hingga 33 tahun.
Katanya, penahanan terhadap suspek dibuat bagi membantu siasatan melibatkan insiden pergaduhan berkumpulan yang mendatangkan kecederaan terhadap seseorang individu warga asing pada 27 Julai lalu.
"Tangkapan berjaya dibuat satu hari selepas kejadian oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Risikan dan Operasi Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai serta Balai Polis LTAB Senai sekitar jam 12.05 tengah malam sehingga 2 pagi, pada Jumaat lalu.
"Siasatan lanjut mendapati kesemua suspek merupakan pekerja di sebuah kilang peralatan elektronik di Senai..
".. manakala pergaduhan berpunca dari perselisihan faham yang berlaku semasa dalam kilang," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini
Jelas Beng Yow, pihak polis turut membuat rampasan sebilah pisau yang dijumpai di lokasi kejadian manakala seorang mangsa yang terlibat dalam pergaduhan mengalami kecederaan kerana ditikam di bahagian belakang badan.
Jelasnya, mangsa yang berumur 27 tahun itu berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
"Semakan rekod lampau mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
"Reman telah dipohon ke atas semua suspek di Mahkamah Majistret Kulai dan mendapat kelulusan reman selama tujuh hari bermula tarikh tangkapan," katanya.
Muhammad Aiman Hakeem
Wed Aug 03 2022
Tangkap layar dari sebuah video tular menunjukkan insiden pergaduhan anrara dua kumpulan di sebuah kilang di Senai, Johor. - Sumber: Media sosial
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
AWANI Ringkas: FashionValet: SPRM teruskan siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan menyakinkan malam ini
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 akan menobatkan juara persembahan terbaik esok, selepas tujuh minggu peserta dan jurulatih berentap sepenuh tenaga.
Nelayan jadi peniaga ikan dan hasil laut ketika hujung tahun
Musim tengkujuh pada hujung tahun bermakna nelayan tidak akan berpeluang turun ke laut kerana ombak dan badai yang besar melanda, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka selama beberapa bulan disebabkan bergantung penuh kepada pencarian di laut.
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
11 warga asing ditahan berhubung insiden bergaduh depan kilang
Penahanan dibuat bagi membantu siasatan melibatkan insiden pergaduhan berkumpulan yang mendatangkan kecederaan pada 27 Julai lalu.